Tuesday, 28 August 2012

PENGAJARAN ALLAH UNTUK MANUSIA.


Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun

 Pada pertengahan tahun 1975.


 

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, 

mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. 

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati 

tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut 
 
baginda 

yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran 

itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. 


 

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta 

dan 

keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis 

yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. 

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. 

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, 

doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat 

terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. 


 

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di 

Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am 

dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. 

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. 

Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. 

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, 

mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik 

penyebab kematian raja Mesir kuno itu. 


 

 Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa 

garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar 

bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera 

dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu 

kekal awet. 


Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. 


Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik 

berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada 

laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai 

penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan 

kaedah pengawetannya. 

 

 
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian 

Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). 

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi 

kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh 

Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale 

De Medicine, Perancis. 


KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN. 



Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa 

penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa 

kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun 

yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata 

itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat 

mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin 

dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan 

dan 

makmal canggih yang mutakhir dan tepat. 


 

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa 

al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan 

kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. 


 

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima 

oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. 

Sedangkan 

al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. 

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di 

hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat 

membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak 

ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang 

cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) 

mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah 

berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian. 


 

 Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan 

Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak 

diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama 

(Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun 

kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan 

kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun 

tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak 

Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut 

itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana 

tidak 

ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat 

Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. 

 


Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan 

kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu 

dengan 

para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun 

sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh 

bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun 

dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille 

mendengarkannya sendiri: 


“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu 

supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi 

orang-orang yang datang sesudah 

 kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah 

dari tanda-tandakekuasaan Kami. (Yunus: 92).”


 Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille 

benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana 

ia 

dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada 

sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.


 

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, 

beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya 

aku 

masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau 

 mengakui 
kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis 

dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan 

buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah 

diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the 

Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern 

Knowledge. 


 

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya 

Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan 

fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam 

umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil 

terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun 

kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya 

diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang 


sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan 

kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah



 

No comments: