Daging diperbuat daripada tahi manusia di Jepun.
Satu
pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari
Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia
jadi makanan dalam bentuk daging.
Konsep
baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta
untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan
kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah
rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein
disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat
teruk dan menjijikkan bukan? Tetapi ia bukan lah seperti "daging"
dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger.
Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian
menggabungkannya dengan
“reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya - daging tahi.
Setelah
itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan
dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut:
63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi
bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging
lembu.
Bahagian
paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan
daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk
meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang
disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar. Sekarang produk
ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa
disebabkan kos penyelidikan.
No comments:
Post a Comment