Rakyat yang menetap di negeri Kelantan ramai yang hidup susah.Mereka
jarang mendapat pembelaan daripada kerajaan Pas Kelantan.Jadi mereka
ramai yang meminta bantuan daripada Umno agar kehidupan mereka lebih
terjamin.
Oleh itu mereka lebih rela mengundi Umno
dengan harapan nasib mereka boleh berubah dengan bantuan kerajaan
pusat.Mereka jugalah yang menunjangi parti Umno di Kelantan.Hal yang
demikian lah yang membuatkan Kerajaan Kelantan yang ditunjangi Parti Pas
memandang sebelah mata kepada mereka.
Kerajaan Pas tidak mengharapkan undi mereka.Kenapa?
Kerajaan
Pas punya simpanan undi tetap iaitu pengundi yang merantau ke luar
negeri Kelantan.Perantau-perantau inilah yang selalu memenangkan
Kerajaan pas.Jutaan perantau inilah yang selalu menggagalkan impian
rakyat yang susah dan tertindas.Mereka jugalah yang menguburkan harapan
rakyat miskin di Kelantan.
Mereka ini kebanyakannya
hidup senang lenang di negeri orang.Kebanyakan mereka berada dan kaya
raya.Maka manalah mereka tahu atau menginsafi kesusahan saudara mereka
yang terhimpit dengan masalah kekurangan peluang pekerjaan,bekalan air
yang tak begitu sempurna dan pelbagai lagi masalah yang hadir.
Maka
pendirian perantau inilah yang mengekalkan keadaan yang ada sekarang
ini di Kelantan.Pemimpin Pas tak perlu bekerja keras membangunkan
negeri.Cukup hanya pembangunan rohani.Maka jadual mereka dipenuhi
ceramah dan tazkirah.
Kekallah kerajaan Kelantan seada-adanya.
Rakyat
Kelantan yang menumpang di negeri orang ini kebanyakannya angkuh.Mereka
selalu memperlekehkan kerajaan negeri tempat mereka menumpang mencari
rezeki.Apabila disuruh balik ke Kelantan mencari rezeki di negeri
sendiri takmahu pula.Kalau mereka memuji Kerajaan Pas Kelantan bukan
main tinggi melambung.Tapi suruh tinggal di negeri sendiri yang
mempunyai kerajaan yang bagus mulalah tersengih-sengih.
Berbeza dengan orang kelantan yang menjadi pemaustautin tetap atau warga negeri tempat mereka merantau.
Mereka begitu setia dan menyokong Umno kerana Umno begitu ambil berat masalah mereka.
Jadilah mereka manusia yang tahu bersyukur dan berterimakasih.Orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa.
No comments:
Post a Comment