Friday, 27 July 2012

SEKSOLOGI!!!!

5 Petanda Masalah Seks. 

 

Masalah seks sebenarnya bukan hanya berkaitan masalah ejakulasi awal, disfungsi ereksi hilang nafsu, vaginimus atau pun disperaunia.  Ia juga boleh melibatkan aspek psikologi yang kadang-kadang tidak disedari langsung.

Berikut adalah lima tanda yang memberi erti bahawa hubungan seks mempunyai masalah dan perlu ditangani segera.

Kerap bertengkar tentang masalah seks
 
Selalukah anda bertengkar dengan pasangan tentang bagaimana melakukan hubungan seks?  Atau selalunya anda berasa tidak selesa dan bertengkar tentang di mana mahu melakukan hubungan seks atau apa saja yang bersangkutan dengan hubungan seks.  Jika kerap, berhati-hatilah.

Menghindari seks
 
Perhatikan kekerapan anda melakukan hubungan seks.  Sekiranya anda makin kurang ataupun enggan melakukannya meski pun terasa ghairah maka ini adalah petanda anda mungkin punya masalah dengan seks.

Selalu kecewa di ranjang
 
Adakah anda jarang sekali merasakan orgasma dan tidak mencapai puncak kenikmatan seksual?  Jika ya, anda perlu  rujuk pakar untuk mencari jalan penyelesaian.

Tidak mampu berbicara
Komunikasi antara suami isteri cukup penting, termasuklah dalam hal berkaitan dengan hubungan intim.  Jika anda tidak mampu membicarakannya bila berhadapan dengan masalah berkaitan dengan seks maka bantuan sangat diperlukan.  Ia penting sebelum ia menjadi masalah besar dalam rumah tangga.  Komunikasi itu penting, apalagi soal seks.

Hubungan seks bukan dengan pasangan
 
Adakah anda mencari kepuasan seksual dengan orang selain daripada suami dan isteri anda.  Sekiranya ya, maka hubungan seks anda memang mempunyai masalah.  Mungkin daripada diri anda sendiri mahupun pasangan anda.

No comments: