Alasan-Alasan Yang Diberikan Untuk Tidak Menutup Aurat
Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang
sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci
tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal.
Tapi jangan
pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu
pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat,
orang buat dungu je.
Apabila kita nasihat golongan wanita yang tak nak tutup aurat ni,
pelbagai alasan dikemukakan, tapi alasan tu amat mudah dipatahkan,
semudah ABC. Berikut meruapakan alasan-alasan terlebih pandai orang yang
taknak tutup aurat:
1. “belum sampai seru” – padahal seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas
2. “gatal kepala bila pakai tudung” – dan malas syampoo rambut, salahkan tudung.
3. “nak pakai macam mana lagi?” – dia letak akal dia
sebagai standard, bukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau letak akal
manusia sebagai standard, baik bogel je. Seni katakan…
4. “Dosa masing-masing, kubur lain-lain” – masalahnya nanti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang nak kena mandikan, kafankan, solatkan, dan tanamkan.
5. “belum bersedia” – zaman Nabi SAW, setelah
turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil
kain-kain yang ada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka
adalah golongan yang BERSEGERA MELAKSANAKAN SYARIAT.
Apa pun, jom tengok gambar di bawah. Moga-moga
yang belum tutup aurat tu dapat semangat bila tengok gambar ni. Mereka
dalam gambar ni menutup aurat tanpa sebarang alasan dalam keadaan susah
dan senang!!! Memang tabik spring kat depa!!! Semoga Allah meredhai
mereka. Amin...
No comments:
Post a Comment