Thursday, 26 July 2012

Kembalikan Kehangatan Lelaki Di Ranjang



Sekiranya  kebosanan seks lelaki bukan berpunca dari wanita lain yang hadir di hatinya, maka ada beberapa perkara yang mampu membuatkan acara ini kembali hangat dan segar.  Ini antara perkara yang perlu wanita praktikkan

Komunikasi
 
Dalam kesibukan sehari-hari kadang-kadang pasangan suami isteri kerap mengabaikan kehidupan seksual mereka.  Padahal, seiring dengan perjalanan waktu, keperluan biologi pasangan boleh berubah.

Agar hubungan intim menjadi salah satu momen yang paling dinantikan oleh pasangan suami isteri, maka carilah masa untuk membicarakan hal tersebut dengan pasangan.  Nyatakan apa yang anda inginkan dan tanya pasangan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kekurangan dan kepuasan seks dipenuhi.

Eksperimen
 
Jangan ragu untuk mencuba perkara baru dalam hubungan intim, seperti mencuba posisi baru, lokasi bercinta yang baru seperti di hotel.  Hasilnya anda akan terasa segar malah memberi pasangan pengalaman seks baru yang menyenangkan.

Rujuk pada pakar
 
Sekiranya masalah kebosanan ini sudah sampai di peringkat serius maka ada baiknya anda mencari nasihat pakar, sebab mana tahu ia sebenarnya  dari masalah kesihatan atau masalah sakit tuan yang tidak anda ketahui.

No comments: