Lelaki banyak senyum kurang menawan wanita.
Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.
Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.
Menurut penyelidikan pakar
psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat
kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.
Kajian itu
dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika
bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.
Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.
Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.
Seorang
daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin
menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung
wanita.
sumber : Petikan dari myMetro yang bersumberkan Dailymail
No comments:
Post a Comment