10 lelaki ini kacak dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka juga sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.
1.Balian Buschbaum
Balian
Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan merupakan
seorang bekas gimnas kebangsaan Jerman. Walaupun dia wanita kedua
terbaik sebagai Pole Vaulter di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan
persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Pada tahun 2008 menukar
jantinanya untuk menjadi seorang lelaki
2. Buck Angel
Buck
Angel ialah pemenang Anugerah Berita Video Dewasa 2007, kini bekerja
sebagai seorang penulis, pensyarah, pendidik dan menguruskan syarikat
penerbitan sendiri.
3. Loren Cameron
Loren Rex Cameron ialah seorang juru foto, pengarang dan aktivis transeksual dari Amerika.
4. Ian Harvie
Ian Harvie dari Amerika ialah seorang pelawak stand-up yang sering berlawak tentang transeksualiti.
5. Lucas Silveira
Dilahirkan
di Kanada pada 1979, Lucas Silveira mencipta sejarah sebagai lelaki
transeksual pertama yang menandatangani kontrak dengan syarikat rekod.
Silveira ialah vokalis, gitaris dan pencipta lagu untuk The Cliks, dia
juga telah menghasilkan album solo yang sedang berada di pasaran.
6. Katastrophe
Rocco Kayiatos dikenali sebagai Katastrophe, seorang rapper hip-hop Amerika dan penerbit muzik.
7. Thomas Beatie
Thomas
mendapat perhatian antarabangsa kerana menjadi seorang ‘lelaki yang
mengandung’ beberapa tahun lepas. Dilahirkan perempuan, Beatie
sebenarnya telah melahirkan 3 orang anak dan kini kembali makan hormon
lelaki untuk mendapatkan badan lelakinya.
8. Ryan Sallans
Ryan Sallans dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, merupakan seorang penceramah motivasi transeksualiti.
9. Andreas Krieger
Andreas
Krieger seorang pelontar peluru untuk pasukan atletik Jerman Timur..
Dari waktu remaja dia diberikan steroid anabolik tanpa disedarinya, yang
menyebabkan dia menjadi semakin maskulin dari segi penampilan dan
sikap. Dia telah menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 1997,
dan pernah berkata yang dia berharap yang dia tidak pernah diberikan
steroid supaya dia mengetahui sendiri apa pilihan jantinanya.
10. Chaz Bono
Chaz
Bono dilahirkan sebagai Chastity Bono, anak perempuan kepada penghibur
Amerika terkenal Sonny dan Cher. Chaz juga telah menjadi peserta untuk
rancangan televisyen, Dancing With The Stars.
No comments:
Post a Comment