Saturday, 14 July 2012

AHLI POLITIK KAMBING DAN AYAM JANTAN!!!!


Tidak ada bezanya cerita kambing dan ayam jantan ini dengan orang-orang politik Malaysia sekarang.

 
 AHLI POLITIK MALAYSIA RAMAI MACAM PELACUR.KERANA KUASA LUPA YANG BURUK DAN YANG BAIKNYA!!!!!


Di suatu pagi seekor kambing jantan bertemu dengan seekor ayam jantan.

Maka si kambing menegur si ayam "Waah cantiknya kamu hai siayam, memakai mahkota di kepala macam Raja, dengan kokok yang nyaring macam penyanyi dan berbajukan baldu yang berkilau macam sikaya"

Lalu dengan kembang hidung siayam menjawab "Ye ke?. Terima kasihlah. Aku memang selalu bergaya begini"

Kambing jantan menyahut "Tapi sayangnya kamu ni semuanya cantik tetapi satu sahaja yang kamu tidak sedar, kamu berkaki ayam (tanpa kasut)"

Dengan marah berkata pula ayam jantan kepada kambing "Kamu pun apa kurangnya. Memakai Coat yang berkilat macam Menteri, Boot yang berbunyi berdetup detap macam Askar, perfume semerbak macam Artis dan janggut sejemput macam Mufti"

Disahut oleh kambing "Eh.. engkau tak tahu ke, kan aku ni selalu bergaya?"

Dijawab pula oleh ayam jantan " Engkau ni kira dah ok, ada class tapi sayang telur engkau terkonteng-konteng kat luar, tak berseluar! Aku hanya tidak berkasut!"

No comments: