Pahlawan Pahang Sejati
Pahang
sebagaimana yang diketahui mempunyai sejarah perjuangan menentangan
British yang amat panjang. Hingga ke zaman moden, hal tersebut masih
diperkatakan. Perjuangan di Pahang dimulakan oleh Datuk Bahaman yang
juga pembesar dan Orang Berempat Pahang.
Namun
dalam ramai-ramai Pahlawan melayu di Malaysia ini yang pernah ada, Mat
Kilau merupakan pahlawan yang sempat menceritakan perihal perjuangan
menentang British kepada orang ramai melalui media massa sewaktu
kemunculannya sekitar penghujung tahun 60an dahulu. Kemunculan itu telah
menggemparkan negara.
Sewaktu
kemunculan pahlawan melayu yang tersohor ini, dia disanjung bagaikan
raja, dia dikunjungi oleh ramai orang dari serata negara semata-mata
untuk melihat susuk tubuh yang sangat digeruni British ini. Waktu itu
beliau sudah sangat uzur tetapi terpaksa melayan tetamu-tetamu yang
datang.
Tetapi
disebalik itu apakah penghargaan yang diterima oleh pahlawan rakyat
ini?. Pada pangkal namanya tiada gelaran Tun, Tan Sri mahupun Datuk. Dia
hanya digelar Aki (Datuk) oleh cucu-cucunya sahaja. Dia tinggal di
rumah papan di Kuantan dan bukan rumah mewah yang bernilai jutaan
ringgit.
Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan lain pergi menentang British dan bersembunyi di hutan dan meninggalkan segala yang mereka ada. Mat Kilau bukan sebarangan orang, dia anak Tok Gajah antara manusia paling berkuasa, paling dihormati dan disanjung di Pahang suatu ketika dahulu. Pada zaman ini bolehlah malaysiasensasi katakan bahawa dia setaraf dengan anak Menteri Kanan kerajaan.
Tetapi semua kesenangan ditinggalkan demi mempertahankan agama dan tanah air yang dicintai. Ada pemimpin sekarang macam ni?. Pemimpin sekarang mungkin meletakkan elaun dan imbuhan sebagai ganjaran atas usaha mereka, tatapi pejuang dahulukala hanya ingin melihat agama dan tanah air bebas dari penjajah.

Dia
tentunya tidak ingin meminta apa-apa ganjaran dari kerajaan. Kerana itu
dia tidak pernah memohon apa-apa pangkat atau balasan menentang British
demi mempertahankan agama dan negara. Inilah Pahlawan sejati melayu.
Percayalah tiada lagi pahlawan seberani ini pada zaman
sekarang..'pahlawan' membodek ada la...kalau tak membodek pasti ada
agenda tersendiri.
-Al-fatihah semoga roh Mat Kilau, dan lain-lain pejuang melayu ditempatkan di tempat yang selayaknya oleh Allah.
dari blog malaysiasensasi
No comments:
Post a Comment