Gila! Wanita ini, sambar dan picit kantung zakar bekas kekasihnya sehingga koyak!
INDIANA: Kerana marahkan tindakan kekasihnya
memutuskan hubungan, seorang wanita bertindak ganas hingga menyebabkan
kantung zakar bekas teman lelakinya koyak.
Christina Reber, 43, bergegas ke kediaman bekas teman lelakinya
Jumaat lalu sebelum menyambar dan memicit organ sulit kekasihnya itu
sekuat tenaga.
Mangsa, 57, ditinggalkan dalam kesakitan apabila kantung
zakar itu terkoyak akibat serangan yang berlaku di rumah mangsa di
Muncie, Indiana.
Lelaki itu mengakhiri hubungan lapan bulan mereka
beberapa hari sebelum itu menyebabkan wanita terbabit menyerangnya.
Christina ditahan kerana disyaki melakukan serangan itu dan dibebaskan
dari penjara semalam selepas membayar ikat jamin AS$10,000 (RM30,000). –
DM
sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment