Friday, 27 July 2012

RAHSIA RAMADAN.

Inilah Satu Rahsia Besar Di Sebalik Puasa Ramadan.


Dalam keadaan normal tubuh kita mendapatkan tenaga dan zat dari luar tubuh melalui makanan, minuman dan radiasi. Ketika kita puasa disiang hari, di mana tidak ada pengambilan makanan, aktiviti dan gerak kita seharian akan membakar tenaga hingga habis.

Keperluan tenaga akan diperolehi dari glucosa hasil makan (sahur), setelah habis, tenaga diperoleh dari glicogen dalam darah. Bila kandungan glicogen berkurang, otak menyatakan 
lapar lalu menyuruh kita makan. Bila kita sedang berpuasa otak akan secara automatik menghidupkan PROGRAM AUTOLISIS.


Semua makhluk hidup di bumi dibekalkan dengan sistem (fithrah) autolisis yang khas:
- Pokok berpuasa dengan menggugurkan daun
- Rumput dan biji berpuasa dengan berhenti tumbuh 
- Beruang berpuasa sepanjang musim sejuk
- Buaya berpuasa sepanjang musim panas
- Ikan paus dan burung berpuasa ketika dalam penghijrahan ke kawasan lain
- Ikan salmon, penguin, berpuasa ketika musim mengawan
- Kuda, kucing, berpuasa ketika di timpa penyakit hingga sembuh


Ketika autolisis di aktifkan, maka ia segera menunjukkan reaksi. Autolisis akan mencari database asal kejadian (fithrah) manusia. Secara keseluruhan ada sekitar 50 trilion sel tersusun dalam tubuh yang terdiri dari sekitar 200 jenis sel. Berbekal data lengkap setiap sel autolisis menjelajah seluruh tubuh.Autolisis memahami bagaimana seharusnya keadaan sehat dari setiap jenis sel, dibahagian tubuh mana seharusnya sel itu berada, dan berapa banyak jumlah dari tiap jenis sel yang terbaik bagi tubuh.


Ia akan menghampiri sel-sel liar yang tidak terdapat dalam daftar fithrah, mengubah asam amino dan gula. Bila sel-sel liar habis, ia akan menghampiri timbunan lemak dalam tubuh dan 


membakar (oksigen lemak) menjadi keton.Dengan demikian Autolisis akan menghilangkan sel-sel rosak, sel sel mati, BENJOLAN hingga TUMOR serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (punca penyakit).


Sel-sel liar dan lemak yang telah dihancurkan akan dibawa ke Hati. Semasa kita puasa, hati tidak di sibukkan oleh hasil serapan dari Usus. Oleh kerana itu hati akan bekerja sepenuhnya 


menapis RACUN-RACUN hasil AUTOLISIS. Seterusnya RACUN akan dibuang keluar tubuh. Disinilah proses DETOKSIFIKASI (pengeluaran racun/penyakit) terjadi.
Ketika berpuasa darah juga akan dipenuhi tenaga dan zat yang sehat dan berkualiti tinggi, sehingga penggantian sel mati, menyembuhkan sel rosak, dan pembentukan sel baru, terjadi 


dengan kualiti terbaik.Tubuh kita segera memiliki sel- sel baru dengan kualiti fithrah, sihat dan berfungsi pulih kembali. Ketika kita berpuasa, tenaga yang dijimatkan dari sistem pencernaan, akan digunakan untuk aktiviti sistem kekebalan tubuh dan proses berfikir oleh otak. Oleh kerana itu dengan puasa penyakit lebih mudah disembuhkan dan kita lebih mudah menerima pelajaran walaupun semasa kita sedang berfikir.


Namun di sebalik semua itu, rahsia kemampuan autolisis terletak pada NIAT. Autolisis hanya akan aktif bila kadar glicogen darah berkurang dan otak menyimpulkan kita lapar dan harus makan namun kita berniat tidak makan ataupun BERPUASA. Autolisis tidak akan terjadi ketika tidak ada niat berpuasa. Inilah salah satu RAHSIA besar berpuasa...


Secara mudah autolisis adalah sistem automatik dalam tubuh yang memformat ulang keadaan tubuh kepada keadaan terbaik.


Jika kita perhatikan huraian diatas, maka amat tepat sekali sabda Rasulullah SAW : 
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan puasa Ramadhan dan aku telah mensunnahkan menegakkan solatnya (tarawih), maka barangsiapa berpuasa dan menegakkannya mengharapkan redha Allah SWT maka keluar dari dosa-dosanya seperti hari ibunya melahirkannya. 


(HR. Imam Ahmad, Nasai , Ibnu Majh).


Mengapa Puasa Bermula Subuh sampai Maghrib?
Pengeluaran Enzim pengoksidaan asam lemak dalam tubuh terbatas dan akan habis bila kita berpuasa 16 jam. Bila kita memaksakan diri berpuasa maka kadar asam lemak dalam darah meningkat sehingga menyebabkan otak kita membengkak, pening kepala bahkan boleh menyebabkan koma. Oleh kerana itu makan sahurlah mendekati imsyak dan segeralah berbuka waktu masuk waktu maghrib.Oleh kerana kita berpuasa lebih kurang 13 - 14 jam. Subhanallah, 1400 tahun lalu Rasulullah pernah mengajarkannya pada kita.


“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.” (HR. Ahmad)


Sungguh..... Allah tidak memerlukan apa-apa dari makhluk, tetapi Allah memberi petunjuk pada Makhluk agar kehidupan makhluk penuh dengan NIKMAT.

No comments: