Tatiata Kozhevnikova |
MOSCOW
- Seorang wanita Rusia iaitu Tatiata Kozhevnikova yang berumur 42 tahun
mencipta rekod dunia apabila dia mengangkat bola gelas seberat 14
kilogram (kg) dengan menggunakan kemaluannya, lapor sebuah akhbar.
Kejayaan yang diperoleh itu memang pelik tetapi Guinness Book of Records mengiktiraf kekuatan yang dimiliki oleh Tatiana.
Menurut wanita itu, dia berjaya melakukan perbuatan tersebut selepas melakukan latihan selama 15 tahun.
Tatiana
yang berasal dari Novosobirsk berkata, dia melakukan perbuatan itu
selepas membaca beberapa buah buku mengenai seni senaman purba.
Buku-buku itu menceritakan wanita purba menguatkan otot mereka dengan cara berlatih mengangkat bola kayu. - Agensi
No comments:
Post a Comment