Saturday, 28 July 2012

Gagah Perkasa Di Ranjang.

Gagah Perkasa Di Ranjang.


Libido atau naluri seks adalah amat penting buat seseorang lelaki.  Kunci kepada seks yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar.  Oleh itu anda perlulah rajin mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan, terutamanya ikan salmon dan tuna.

Selain itu mari kenali lain-lain makanan  yang boleh menjadikan anda gagah perkasa di ranjang.

Ikan
Selain tinggi dengan omega-3 ikan juga dapat membantu fungsi otak, merendahkan kolesterol dan membantu dalam peredaran darah.

Biji Bunga Matahari
Ia mengandungi vitamin B1 yang tinggi yang boleh meningkatkan stamina.

Kekacang
Kekacang seperti badam menggalakkan pengeluaran hormon lelaki.

Buah oren
Vitamin C yang banyak di dalam buah oren amat baik untuk sistem imunisasi badan dan seterusnya membantu melancarkan peredaran darah supaya mendapat ereksi yang lebih lama.

Daun saderi
Makanan yang baik untuk meningkat stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon dikenali sebagai 'androsterone'.  Hormon yang dikeluarkan melalui perpeluhan dipercayai dapat merangsang naluri seksual wanita.

Biji labu
Mengandungi elemen zink yang penting dalam pengeluaran hormon testosteron untuk lelaki.

Jeruk kubis
Kajian menunjukkan 90 peratus lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas memakan jeruk kubis.

Pisang
Ia mengandungi enzim 'bromelain' yang boleh meningkatkan libido lelaki.

Avokado
Mengandungi tahap asid folik yang tinggi untuk membantu memproses protein secara metabolisme seterusnya dapat memberikan lebih tenaga.  Avokado juga mampu meningkatkan libido wanita.

Asparagus
Kaya dengan vitamin E yang tinggi.  Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks.  Dipercayai anda boleh melihat kesannya setelah memakan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

No comments: