Sunday, 15 July 2012

DAP ABANG BESAR PAKATAN PEMBANGKANG!!!

90 atau 60 : DAP tetap 'abang besar' Pakatan Rakyat


ANALISA PRU 13

 SHAH ALAM : Negara baru-baru ini 'dikejutkan' dengan khabar angin yang mendakwa DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang dilabel sebagai cauvinis masyarakat Cina di negara ini akan bertanding dalam 90 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pada kadar segera, DAP, menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin 'agung' parti itu menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa DAP hanya akan bertanding tidak melebihi 60 kerusi pada PRU akan datang sekaligus 'menyerahkan' baki 162 kerusi lagi kepada PKR dan PAS.

Walaupun mungkin bertanding bilangan kerusi paling sedikit berbanding parti komponen lain dalam PR, DAP buat masa ini masih 'abang besar' dengan menjuarai bilangan kerusi dalam PR jika dilihatkan keadaan semasa yang menyaksikan DAP mempunyai 29 kerusi, PAS pula dengan 22 kerusi dan PKR memiliki 23 Ahli Parlimen.

Sebagai 'abang besar', tidak mustahil untuk DAP meminta pembahagian kerusi lebih besar sehingga 90 kerusi berbanding sekitar 50 kerusi pada PRU sebelum ini atas alasan masyarakat Cina menjadi penentu keputusan PRU akan datang, demikian menurut penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling.

No comments: