Tuesday 10 July 2012

Bakal Ke Tali Gantung!!!!!

Sekilo Dadah Dijumpai Dalam Rumah, Uncle Seeker Bakal Ke Tali Gantung.




ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.

Bahana lawan Raja...

Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadah selepas direman semalaman oleh polis Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

dari blog busuk.org

No comments: