DAP Bertekad Mahu Hapus Sistem Kuota, Kontraktor Melayu.
DEBAT antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut
Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya
mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.
Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat
untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di
negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang
tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.
Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan
mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau
Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau
adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.
Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan
peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi
lumrah dan resam pihak pembangkang.
Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen
Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan
sesuatu yang baru dari Guan Eng.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh
ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan
memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman,
terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.
Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang
sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang
dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada
1967.
Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras
untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej
yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah
dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka
berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.
Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam
dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang
dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada
pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP
menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam
Perlembagaan Negara.
Pertama, ketika berhujah mengenai isu
penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah
mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.
Ini merupakan salah satu hak istimewa orang
Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang
mendapat pendidikan di menara gading.
Tanpa peruntukan ini, sudah tentu
pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada
kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di
universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar
kemasukan terbuka.
Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan
kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam
bidang pendidikan melalui dasar ini.
Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota
yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka
peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan
mengorbankan kepentingan orang Melayu.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan
Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti
yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut
bahawa dalam perjuangan ‘sama rata’ parti itu banyak dasar serta program
pro-Melayu akan dihapuskan!
Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.
Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.
Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk
menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang ‘jahat’ jika Pakatan
Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan
kontrak dikatakan sebagai ‘jahat’ hanya kerana mereka berjaya dalam
perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F
yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?
Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap
telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak,
pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat
Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS
dan DAP.
Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu
syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang
kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau
BN.
Jadi DAP hanya akan membantu segelintir
kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang
sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan
mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.
Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya
membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu
DAP dan Pakatan Rakyat.
Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap
kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan
bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di
bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.
No comments:
Post a Comment