10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan
10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan
1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak
bersedia
untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah
mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang
yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.
2.
Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya
lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat
memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak
muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3.
Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra.
Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari
pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik
langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan
buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4.
Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda.
Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu
memenuhi nafsunya sahaja.
5.
Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan
apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan
dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya
anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil
juga diperbesarkan.
6.
Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis
ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus
terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki
jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu
mengambil mudah sesuatu perkara.
7.
Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini
tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan
bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8.
Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang
anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki
jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9.
lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan
menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya
kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan
berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis
ini?
10.
Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda
tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu
sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?
Sumber: Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam
No comments:
Post a Comment