Monday, 23 July 2012

.Petua Hilangkan Bau Busuk!!!

Petua Hilangkan Bau Busuk

petuaArang. Kenapa arang? Tak ada benda lain ke? Mesti semua tertanya tanya bagaimana arang boleh menghilangkan semua jenis bau yang tidak menyenangkan. Di dalam kereta, peti ais mahupun rumah.

Arang adalah karbon aktif iaitu sejenis serbuk hitam yang boleh menyerap bau busuk atau kadangkala digunakan di dalam penapis air di rumah kita. 

Satu gram karbon aktif ini mempunyai keluasan permukaan tidak kurang dari 500 meter persegi iaitu berkali-kali ganda luas bilik darjah. Ia mengandungi lebih 85% jisim karbon aktif yang terdiri daripada unsur karbon.
Keistimewaan Karbon Aktif
Karbon ini dipanggil liang-liang seni yang berselirat di dalam seluruh strukturnya. Saiz liang-liang ini amat halus dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Inilah yang menyebabkan karbon aktif mempunyai keluasan permukaan yang begitu besar. Pembentukan liang-liang seni berlaku semasa proses penyediaan karbon aktif itu.
Arang
Di dalam proses ini, bahan berkarbon seperti tempurung kelapa atau kayu dibakar secara terkawal tanpa oksigen pada suhu yang sangat tinggi. Peringkat ini dipanggil pengkarbonan dan disinilah terbentuknya hablur-hablur dengan kandungan kerbon yang tinggi tetapi tidak berliang. 

Kemudian diikuti oleh proses di mana gas seperti karbon dioksida melalui karbon yang dikenali sebagai pengaktifan dan ditahap inilah pembentukan liang seni yang banyak itu berlaku.
Liang-liang seni ini mempunyai pelbagai saiz yang boleh memerangkap molekul-molekul sama ada daripada gas atau cecair yang dilalukan kedalamnya. 

Inilah sebabnya karbon aktif berupaya menyerap bau di udara dan menapis kotoran di dalam air. Malahan hari ini karbon aktif telah digunakan dengan meluas. Misalnya di dalam penulinan dan pemisahan gas, industri makanan, perawatan air buangan, bidang perubatan, industry elektronik, penyahwarnaan dan lain-lain lagi industri.

Jadi jelaslah di sini bahawa arang mampu untuk menghilangkan semua jenis bau. Disebabkan sekarang adalah musim durian jadi boleh lah siap siap letakkan arang di dalam kereta supaya dapat menyerap bau durian tersebut.
Selamat mencuba.

1 comment:

Unknown said...

Freshone Odour Killer boleh menghilangkan bau busuk durian di dalam kereta. Untuk maklumat lanjut sila lawati https://www.facebook.com/freshoneok