Friday, 20 July 2012

QARIN!!!!

Anda Tahu Apa Itu QARIN?




Barang kali ramai yang tidak mengetahui apakah qarin ini. Atau juga ramai diantara kita yang tidak mengetahui keujudannya. Malah keujudan qarin ini bukanlah diantara kita tetapi didalam diri kita sendiri.
Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

firman Allah:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)

Qarin membawa dwimaksud.

Maksud 1 - rakan, taulan, kawan dan seumpamanya.

Definisi ini saya dasarkan di atas Firman Allah SWT dari Surah As-Saffat:51 bermaksud : Seorang di antaranya berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang cuba menyesatkan aku)”

Maksud 2 - Iblis atau syaitan atau sekutunya (Jin) yang menjalankan tugas tetap untuk setiap manusia bagi menyesatkan manusia ke jurang kebinasaan.

Definisi kedua ini saya dasarkan atas Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 : “(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong)”

Didalam hadith Rasulullah SAW juga ada menceritakan perihal qarin ini dan mensifatkannya dengan terang.

Hadis dari Abdullah bin Mas'ud - Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Tidak ada seorangpun di antara kamu semua yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)".

Para sahabat bertanya; "Termasukkah engkau wahai Rasulullah ?,

"Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku memasuki Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik".

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)


Adakah Qarin dan saka itu sama
Jangan pula kita menyamakan qarin dan saka itu satu hal yang serupa dan satu fenomena yang sama sahaja. Kerana ‘saka’ itu adalah sejenis makhluk nin yang berkhidmat kepada seseorang (dengan janji-janji yang tertentu) lalu apa bila ia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli waris(anak cucu beliau).
Sedang qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.


Qarin adalah kembar manusia
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)


Qarin makan dan minum bersama manusia yang didampinginya
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Menggunakan qarin dalam tujuan perubatan
Ada juga dalam sesetengah keadaan, pengamal perubatan menggunakan khidmat qarin untuk tujuan tersebut. Pendapat saya dalam hal ini lebih kepada berkecuali. Namun lebih selamat jika menghindari dari perlakuan ini. Kerana telah diterangkan diawal-awal tadi sifat qarin ini adalah jahat pada asalnya. Dan menjadi baik(islam) apabila diislamkan. Tetapi tertakluk kepada tahap-tahap yang tertentu(Rasulullah). Sedangkan dalam hadith Nabi SAW telah menyatakan.

Daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Perhatikan didalam hadith ini. “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam” dan " syaitan Nabi Adam tetap kafir " Telah dinyatakan yang qarin Nabi Adam a.s tidak diislamkan. Maka lebih sangsilah pada kedudukan(iman) qarin manusia umum ini. Jadi untuk menjadikan qarin itu sebagai salah satu usaha ikhtiar perubatan adalah membimbangkan.

No comments: