Friday, 20 July 2012

MAT KILAU BUKAN ORANG PULAU TAWAR,BELIAU ORANG BUDU CAMPUR TEMBELING?????!!!

almarhum sultan ahmad muazzam shah

Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah

         Cogan Kesultanan Pahang

cogan kesultanan pahang

Cogan Empayar Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang


Imam perang Khatib Bahrain Bin Tok Kaut.

Khatib Bahrain bin Tok Kaut merupakan sekutu kuat kepada pihak Bendahara Tun Mutahir sewaktu perang bendahara pahang pada tahun 1857-1863,beliau berasal dari tembeling dan sekampung dengan penghulu raja tembeling.

Sewaktu perang bendahara beliau pernah dipasung atau di tangkap oleh pihak tun ahmad sewaktu tembeling diserang oleh Che Lambak dan Wan Buang(panglima Tun Ahmad). 

Beliau adalah diantara beberapa imam perang bagi pihak bendahara Tun Mutahir seperti Imam Perang Mat Akil dan Syed Deraman yang berjuang sehingga tamatnya peperangan bendahara.

Pada tahun 1865 iaitu 2 tahun selapas tamatnya perang bendahara,Tun Aman,Tun Da dan Tun Abdullah anakanda bendahara Tun mutahir cuba menyerang semula dengan panglima2nya Syed Deraman,Imam Perang Mat Akil,Tuan Kechut,Imam Perang Mat Aris,Encuk Embok,Panglima Tujuh Lapis dan Khatib Bahrain bersama orang2 Rawa-Mandehiling melalui Ulu Raub tetapi dapat dikalahkan panglima2 Bendahara Sri Wak Raja Tun Ahmad.

Khatin Bahrain beristerikan Che Kenit dan adik perempuannya berkahwin untuk kali kedua dgn Imam Perang Indra Gajah Rasu Abd Salam bin Shahrum dan melahirkan Mat Kilau.

Khatib Bahrain mempunyai 2 orang anak satu lelaki dan seorang lagi perempuan iaitu Abbas bin Khatib Bahrain dan Naubah binti Khatib Bahrain,abbas meninggal muda dan tiada mempunyai zuriat sementara naubah berkahwin dgn mufti pahang haji utsman bin haji senik dan mempunyai 4 orang zuriat iaitu 1)long hamidah 2)cikgu abdul rahman 3)besar halimah dan 4)khatijah cikgu abdul rahman berkahwin dgn aishah binti pahang dan melahirkan1) ibrahim bin abdul rahman 2)burhanuddin@zainal abidin 3)khuzaimah@zainab 4)jaafar@abdul jabbar 5)abdul kadir@nordin 6)mohd azhar 7)hasib@abd jalil 8)zainun 9)zainiah 10)azahan 11)fasihah

12 comments:

Anonymous said...

Mat Kilau Lahir di Mana..?????
Cuciter sikit...

Anonymous said...

anon diatas,

orang cerita emak mat kilau dan ayahnya bukan orang pulau tawar,tidak kira lah mat kilau lahir di mana.tumpang tokoh luar untuk naikkan nama pulau tawar.

macam pasukan bolasepak singapuralah!!!

Anonymous said...

Mat Kilau lahir di kampung Kedondong Pulau Tawar. Itu tanah tempat tumpah darahnya mengikut pengkisahan oleh orang2 tua dahulu. Blog kutukandewata cuba mengaitkan asal keturunan Mat Kilau iaitu datuknya Tok Kaut, memang bukan orang Pulau Tawar. Ayahnya, Tok Gajah, bukan orang Pulau Tawar, datuknya Tok Shahrom, juga bukan orang Pulau Tawar.
Rasanya takde isu, Mualim Yunus juga bukan orang Pulau Tawar, Tun Sinar Putih juga bukan orang Pulau Tawar.
Tetapi, kenapa manusia2 hebat ini memilih utk berada di Pulau Tawar, dan berketurunan di Pulau Tawar?

Anonymous said...

kalo macamtu... NAJIB pun bukan Orang-Pahang.
..dia cuma lahir saja di Pahang(Lipis)
..tok/nenek dia orang Bugis(Indonesia)
..so..Najib tu ORANG-INDONESIA LAH.
..
Sama macam Mat Kilau.. dia cuma Lahir sahaja di PulauTawar..
Mak/Ayah dia Orang Tembeling+Budu
..so..Mat Kilau ORANG TEMBELING+BUDU lah..ek

Anonymous said...

Orang Pahang tumpang tokoh luar untuk naikkan nama Pahang. ..Najib tu TOKOH DARIPADA INDONESIA LAH...

Anonymous said...

panir ngat orang-temeling ni yerk..

Anonymous said...

apalah kau orang ni,KD cuma paparkan perkara yang benar tentang keturunan mat kilau.tentang asal usul mak bapak mat kilau.KD cuma mahu sejarah dibetulkan ikut fakta bukan ikut sentimen.

macam juga fakta sejarah melaka yang baru dijumpai oleh penyelidik yang menyatakan melaka terbentuk pada tahun 1200 bukan 1400.nak komen fahamlah dulu tulisan KD tu.

putera_cekak said...

untk pengetahuan anda semua,anda semua mmg bukan org asli di tanah melayu@malaysia. org aslilah yang benar2 asli tnggal di tanah melayu,anda semua org nusantara. ada yang berasal dari indonesia,siam,bugis,acheh,filipina, dan serata lagi n ada yang berasal dari pakistan. so xyanh dok ngaku hang pa smua org asal kat c.ni...

Anonymous said...

rujuk tajuk: MAT KILAU BUKAN ORG PULAUTAWAR....
...
kalo kita amik asal/usul mak/ayah tok/nenek/ dia ..MAT KILAU SEBENARNYA BERASAL DRP TANAH..jadi ADAM dan seterusnya...
...
payah lah macamtu...
...so kita amik jer lah MAT KILAU TU LAHIR DI MANA UTK dijadikan tempat dia BERASAL...
...MAT KILAU LAHIR DI KEDONDONG PULAUTAWAR... jadi dia berasal drp PULAUTAWAR Lah..

Anonymous said...

anon di atas,

kau lahir di penjara pudu,jadi kau berasal dari penjara pudulah!pada hal kau orang pulau tawar.

najib lahir kat lipis jadi dia berasal dari lipislah????

Anonymous said...

kesian org Tembeling, tiada orang hebat dan terkenal sehingga mengaku Mat Kilau sebagai org Tembeling. Ambillah, gali kubur n bawa ke Tembeling.

Anonymous said...

ANON DI ATAS NI BODOH SUNGGUH!!!SEBAB ITU KENA BANYAK MEMBACA.TEH MAHDA ADIK KATIB BAHRAIN PANGLIMA TEMBELING.MANA JADAHNYA MAT KILAU ORANG PULAU TAWAR.

PULAU TAWAR MANA ADA TOKOH.ASALNYA PULAU TAWAR IALAH TEMPAT ORANG BUANGAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA SULTAN.BILA BRITISH MEMERINTAH PUN JADI TEMPAT ORANG KENA BUANG NEGERI.

MEREKA DIPULAUKAN SETEMPAT.KEMUDIAN DITAWARKAN KEJAHATAN MEREKA SUPAYA JADI BAIK.MAKA LEKATLAH NAMA PULAU TAWAR
LAIN KALI KENA RAJIN MEMBACA SEJARAH.