Monday 3 November 2014

DEMAK,KESINAMBUNGAN KERAJAAN MELAKA SEBAGAI PUSAT KEKHALIFAHAN UTHMANIYYAH DI NUSANTARA!!!


MELAKA & DEMAK

MELAKA & DEMAK

Melaka adalah salah satu wilayah naungan kekhalifahan/
kerajaan Ustmaniyah(Istanbul)abad 14 ,Melaka diangkat sebagai wakil khalifah/kerajaan islam Nusantara. 

Pusat pemerintahan ditimur nusantara berpusat di Istanbul(ibu negara islam)era pemerintahan Sultan Murad 2 dan Sultan Muhammad al Fatih,tetapi melaka tak bertahan lama hanya 100tahun lebih memerintah dicabul Portugis..

Kesinambungan lanjutan Demak diangkat pula (robohnya kota melaka ,papan dijawa kami dirikan)sebagai kekhalifahan demak selepas jatuhnya Melaka.

Segala urusan pengurusan negara berpindah ke Demak.Di situlah lahirnya Raden Fatah dan 9 wali/gabenor(wakil 9 wilayah jajahan Demak).

Istilah sultan/sunan datangnya dari Kerajaan Ustmaniyah yang mana pemimpin digelar sultan ..

PETA yang dilakar setahun sebelum kejatuhan kerajaan Islam Melaka mengambarkan ketamadunan Kerajaan/kekhalifahan Islam Melaka@Nusantara.

Umpama bentuk meriam bedilan 500 tahun yang lalu,
Sejarah telah mengukir kisah lagenda kegemilangan sebuah empayar yang tiada tandingan di rantau Asia Tenggara 
khususnya. 

Pengkisahan yang sungguh tragis MELAKA. 500 dan dalam tempoh 500 ini juga Kerajaan Islam Melaka senasib Andalus Granada dan Cordova.

Mungkin Jiwa islam itu telah kembali namum ruhNya seolah-olah mati tidak berkubur.500tahun kerajaan Islam Melaka tumbang tidak bangun menongkah langit. 

“Kota Melaka” dari luar perspektif Kerajaan Melaka bukan kerajaan melayu semata-mata tetapi islam.Bangsa melayu mula dikenali sekitar abad ke 14.

Dan sebelum itu sudah pasti kerajaan-kerajaan Kedah Tua Srivijaya dan lain-lain mendemonasi Asia tenggara sebelum terbukanya kota Melaka atas langkahan awal Parameswara/sultan. 

Melaka diangkat Sebagai wilayah kekhalifahan Islam Asia Tenggara di bawah kedaulatan Kerajaan Islam Uthmaniah.
Tidak hairanlah mengikut satu dokumentari yang pernah di bawakan menunjukkan tanda-tanda lawatan ziarah mahabbah Laksamana Ibnu Batutah ke Kota Islam.

Bangunan Berkubah  melambangkan kegemilangan ISLAM di zaman Kerajaan Islam Melaka.

Sejarah singkat Kerajaan Demak.

Di Bintoro Demak, Kerajaan Islam Demak pertama kali didirikan oleh Raden Patah pada tahun 1475-1518 M.Raden Patah mendirikan kerajaan tanpa ikatan dengan kerajaan Majapahit kerana pada saat itu kerajaan majapahit sedang mengalami kemunduran. 

ParaWali Songo mendukung penuh berdirinya kerajaan Demak dan dalam waktu singkat Demak berhasil menjadi kerajaan yang sangat besar dan disegani oleh kerajaan di nusantara.

Kehidupan Politik Kerajaan Demak

4 faktor yang mendorong Kerajaan Demak menjadi kerajaan besar adalah :

– Letaknya yang strategis di tengah-tengah jalur pelayaran nasional.

- Letak dekat dengan muara sungai mendorong aktiviti perdagangan cepat berkembang.

- Kerajaan Demak merupakan pengeluar beras terbesar di Pulau Jawa pada saat itu.

- Mundurnya Kerajaan Majapahit adalah positif bagi Kerajaan Demak.

Kehidupan Ekonomi Kerajaan Demak

Letak kerajaan Demak yang sangat strategis sangat membantu, Kerajaan Demak sebagai kerajaan Maritim. Letak dekat muara sungai Demak mendorong aktiviti perdagangan cepat berkembang. 

Kerajaan Demak juga hidup berasaskan pertanian. Tumbuh dengan baik kerana aliran sungai Demak lewat pelabuhan Bergota dan Jepara. Demak  menjual hasil produk seperti beras, garam dan kayu jati.

Kehidupan Sosial Budaya Kerajaan Demak

Bangunan Masjid Demak adalah satu peninggalan berharga kerajaan Demak yang terletak di sebelah barat alun-alun Demak. Masjid Agung Demak juga memiliki ciri yang khas iaitu salah satu tiang utamanya terbuat dari tatal ( potongan kayu).

Kehidupan Keagamaan Kerajaan Demak

Berdirinya kerajaan Demak banyak didorong oleh latar belakang untuk mengembangkan dakwah Islam di Jawa sampai nusantara. 

Dan berkat dukungan dari Wali Songo , Demak berhasil menjadikan kerajaan Islam pertama kali di Jawa yang memiliki pengaruh cukup kuat. Untuk mendukung dan dakwah pengembangan agama Islam, didirikannya Masjid Agung Demak sebagai pusat Kerajaan Demak.

1 comment:

Anonymous said...

Satu masa dahulu Rom dan Parsi adala musuh penentang Islam, terbukti kemudiannya menjadi pembela dan penegak Islam.
Satu masa dulu, kaum Mongul menyerang memusnahkan Negara Islam, terbukti beberapa generasi terkemudian menjadi pengembang dakwah Islam.
Sekitar seabad yg lalu US dan Eropah bagai memusuhi Islam, tidak mustahil dlm beberapa dekad lg US dan Eropah mungkin menjadi pembela dan penegak Islam.
Dunia berpusing, zaman berlalu, kekhalifan juga bertukar ganti dr satu kaum dan bangsa kpd kaum dan bangsa yg lain. Bila nanti kembali ke tgn bangsa Arab Qureish, aku rasakan tak lama selepas itu, duniapun sampai ke penghujung zaman, menanti sinar mentari muncul dr barat.