Saturday, 31 August 2013

AHLI POLITIK BENGONG!!!



AHLI POLITIK JADI PENASIHAT KONGSI GELAP ?



Ada ahli politik ternama kini semakin PANAS PUNGGUNG dengan hasrat Kementerian Dalam Negeri mahu mendedahkan nama-nama mereka yang terbabit menjadi penasihat kepada beberapa kongsi gelap.

Bukan sekadar menjadi PENASIHAT, sebilangan ahli politik ternama ini juga menjadi PENAUNG UTAMA kepada kumpulan-kumpulan haram ini.

Kementerian Dalam Negeri sudah mempunyai senarai kepala-kepala utama kumpulan kongsi gelap "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina.

Lebih menarik lagi MELAYU juga terlibat dengan kegiatan kongsi gelap, yang dinamakan sebagai "Geng 3 Calit".


Nampaknya Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri , WITHOUT FEAR OR FAVOUR, melancarkan 'PERANG' secara berdepan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini. 


Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia ...


Dalam tempoh seminggu OPS CANTAS dilancarkan, 1,018 penjenayah telah ditahan dalam usaha membanteras anasir jenayah dan kongsi gelap di negara ini. 

Kesungguhan PDRM ini sudah cukup memberi isyarat tidak ada lagi toleransi kepada kumpulan kongsi gelap yang didominasi oleh kaum Cina dan India (MELAYU pun terbabit sama).


Sejak dilancarkan 17 Ogos lalu, Selangor, Pulau Pinang, Negri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor disifatkan sebagai penyumbang utama kegiatan jenayah yang semakin berleluasa.

Difahamkan juga majoriti penjenayah yang ditangkap ini adalah dari kumpulan kongsi gelap Geng 36, Geng 08 dan Geng 04. Bukan sekadar penahanan yang dilakukan, PDRM turut merampas senjata berbahaya dan kenderaan yang dicuri.



Apapun ...


Kita tunggu pengumuman  oleh Kementerian Dalam Negeri senarai nama-nama ahli politik ternama yang terbabit menjadi penasihat dan penaung kepada kumpulan-kumulan haram ini. 

Jangan ada pulak ahli politik ternama yang bunuh diri atau lari meninggalkan negara sebelum pengumuman ini dilakukan-
Posted by Melayu Atas Pagar. 
 

1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan berlapik Polis semalam:

Setakat ni kami dapati tidak ada artis yang terlibat dalam kongsi gelap ni tapiii... kami dah nasihatkan ketua-ketua di daerah-daerah berkenaan untuk menasihat.... rasanya mereka tak sedar yang mereka dah terlibat...

- kah..kah..kah...cakap takde yg terlibat tp suruh ketua daerah (DO ke tu?) untuk nasihat (,, nasihat sapa lak..??)