Sunday, 1 July 2012

CISSS!!!!!


KALIMAH ALLAH DI BOTOL ARAK



Menurut laporan dari berita Agensi, umat Islam di Kazakhstan berang dengan pengeluar minuman beralkohol di negara itu kerana terdapat kalimah Allah pada botol arak yangdikeluarkannya.Imam besar Masjid Semey, Bekzat Boranbaiuly meminta pengeluar minuman vodkameminta maaf kepada umat Islam Kazakhstan atas penghinaan itu.“Ini satu bentuk penghinaan kerana Islam secara tegas melarang minum arak,” katanya dalam kenyataan sebagaimana dipetik Washington Post, semalam.Media tempatan kelmarin melaporkan mengenai promosi minuman vodka terbaru di negara itu dan pada label bekas minuman berkenaan tertulis “The Power of Allah Suffices for All" (Kuasa Allah Cukup Untuk Semua).Kazakhstan adalah bekas negara jajahan Soviet dan majoriti penduduknya yang berasal dari etnik Kazakh beragama Islam.Bagaimanapun, negara itu juga dihuni penduduk minoriti berketurunan Slav yang gemar minum vodka dalam kehidupan seharian mereka.

1 comment:

Taufik said...

hampeh terkena aku dengan penulisan ber-background-kan putih itu