Monday 4 November 2013

MUNAFIK OH MUNAFIK!!!

 





Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 


Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu, dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). 



Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. 



Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. 



Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).



 Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya dia itu, sungguh-sungguh orang gila".Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.



"Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Jangan kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperoleh sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepa kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci golongan munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tidak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi tidak menunaikan (hak-hakNYA).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru, bumi menegurmu dengan kata-kata 'Wahai anak Adam, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada dipermukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku. Wahai anak Adam, aku ialah rumah yang sengasara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku ialah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.'"

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsian)

1 comment:

Muslim said...

Sekitar 40 sifat dan ciri golongan munafik yg disebutkan dlm Al Quran.
Bg yg mempunyai, walau satu drnya amatlah merbahayakan dirinya, hendaklah dia bertaubat dan membersihkannya.
Bg yg melihat sifat munafik pd diri seseorg, bolehkah terus dituduh munafik ? Allah swt menjelaskan,
"...kamu tidak mengetahui mrk, Kamilah yg mengetahui mrk,..." At Taubah 101.
Hanyalah boleh dikatakan, ada pdnya sifat munafik, benar benar munafik atau tidak, Allah swt yg mengetahui kakikatnya. Kerana itu jgnlah bermudah mudah menuduh munafik kpd seseorg, ditakuti berbalik kpd diri sendiri jika yg dituduh tidak sebenarnya munafik.