Sunday, 24 November 2013

Bekas Heroin Bollywood Mumta Kulkarni Sudah Memeluk Islam!!!


Bekas Heroin Bollywood Peluk Islam.


 
Pelakon Bollywood terkenal era 

90an, Mumta Kulkarni sudah 
memeluk Islam dan tidak lagi 
mahu dikaitkan dengan 
dunia hiburan.

Bekas Heroin Bollywood Peluk Islam





















Mumta kini tinggal bersama suaminya, 
Vicky Goswami yang juga sudah 
memeluk Islam di Nairobi, Kenya. 
Pasangan ini berkahwin pada 10 
Mei lalu.


Pada 1997, Vicky pernah ditangkap 
di Emiriyah Arab Bersatu UAE) 
kerana kes penyeludupan dadah 
sebelum dibebaskan pada November 
tahun lalu.


Vicky kemudiannya memeluk Islam 
dan mengahwini Mamta ketika dia 
masih di dalam penjara lagi.


Sewaktu Vicky dalam penjara, 
Mamta turut bertindak mengurus
kan perniagaan hotel milik suami
nya.


Mamta dikenali sebagai aktres yang 
seksi ketika aktif berlakon sekitar 
tahun 90an. Dia menyepikan diri 
selepas 2002 dan sejak itu menolak 
banyak tawaran berlakon dan 
menari.


Memandangkan India agak skeptikal 
apabila berkaitan Islam, kebanyakan 
media di sana mengaitkan pengislaman
nya dan suami ada kaitan 
dengan pembebasan awal diterima 
Vicky yang sepatutnya dihukum 
penjara selama 25 tahun. 


– REM RAMZI
Sumber: thenewsfocus.blogspot.com/


mamta_2

mamtakulkarniislam_zpsefe81108

No comments: