Isu Bubar Pendaftaran:
Karpal Singh Zahirkan Cita- Cita DAP, PAS Dihina Lagi????
Apabila Karpal Singh membuat saranan agar kesemua parti politik yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya, ia bukanlah sekadar pandangan peribadi, atau sekadar pendapat semata.
Ia sebenarnya merupakan satu cita-cita mereka dalam misi menamatkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
Penulis teringat, pada kira-kira 6 bulan sebelum pilihanraya, apabila tersebarnya agenda DAP yang tercatat di atas sekeping kertas A4. Ianya mendedahkan tentang cita-cita DAP sekiranya menguasai Putrajaya seperti Malaysia bakal diubah menjadi republik.
Turut sama yang mahu mereka ubah ialah mengharamkan Rejimen Askar Melayu Di Raja, Universiti Teknologi MARA (UiTM), MARA dan badan-badan yang dilihat membantu Melayu dan Islam. Tidak ketinggalan, di dalam kertas tersebut juga tertulis bahawa DAP akan mengharamkan sebarang pertubuhan yang berlandaskan agama atau bangsa termasuklah UMNO, PEKIMA, PEKIDA, PERKASA dan sebagainya. Secara jujur, penulis tidak terkejut dengan isi kandungan kertas tersebut. Bahkan, apa yang diungkapkan oleh Karpal Singh juga tidak mampu mengundang kontroversi, kerana sudah terpatri rapi di dalam hati ini, bahawa DAP adalah parti chauvinist, dan merupakan sekutu rapat kepada Zionisme, yang terjalin melalui “abang”nya di seberang tambak sana. Siapa lagi musuh mereka kalau bukan Islam dan Melayu. Apa yang diungkapkan oleh Karpal Singh adalah tulus dan mulus, tentang betapa itulah kemahuan dan cita-cita mereka sekiranya berkuasa kelak.
Apabila sudah diharamkan, pastinya mudah untuk mereka menangkap ahli-ahli pertubuhan terbabit, dengan alasan menganggotai pertubuhan haram. Mudah bukan? Soal ke mana dibawa mereka yang ditangkap, usah ditanya kerana itu hak mutlak mereka pada waktu itu!
Tetapi untuk kali ini, ungkapan Karpal hanyalah semata untuk memecahbelahkan perpaduan Islam dan Melayu. Strategi pecah dan perintah yang ternyata berkesan pada masa ini, bakal menjadi lebih efektif sekiranya berlaku perpecahan yang lebih besar kelak. Penulis merasakan bahawa ini juga adalah satu ujikaji DAP kepada umat Islam dan Melayu, yang sebahagian besarnya berada dalam dua parti utama, iaitu UMNO dan PAS. Seperti biasa, kedua-dua parti ini akan membuahkan pertelingkahan yang dahsyat akibat dari kenyataan oleh Karpal Singh. Apa yang perlu DAP lihat adalah sejauh mana kenyataan ini boleh menambahkan jurang perpecahan yang sedia ada. Sedang DAP sendiri akan berdiam diri, sambil tertawa melihat karenah pertikaman lidah sesama Islam, dan sesama Melayu atau bumiputera. Pemimpin samada ada dari parti PAS atau UMNO, perlu sepakat dalam isu ini. Mungkin ada yang menyatakan DAP tidak bijak, sedang banyak NGO Cina yang wujud. Bagi penulis, apalah yang ada pada NGO tersebut, kerana seluruh kekuatan mereka kini bernaung di bawah DAP. Setakat mengharamkan Dong Zhong dan Siqiu atau apa sahaja bukanlah isu besar pada mereka.
Jangan ada pula di kalangan kita yang berfikir DAP adil kerana turut sama bersetuju akan mengharamkan pertubuhan-pertubuhan ini. Itu hujah yang lemah!
Mungkin ada pihak yang mengatakan tidak mungkin DAP akan memerintah dengan kedudukan kerusi parlimen yang ada.
Ya, penulis bersetuju dengan hujah itu. Tetapi perlukah mereka kerusi majoriti sedang mampu mengawal PAS dan PKR?
PAS sahaja sebuah parti berlandaskan agama. Tetapi Karpal Singh dengan bersahaja melontarkan saranannya. Tidakkah Karpal seharusnya menghormati sekutu rapatnya, iaitu PAS? Nampaknya, Karpal Singh lebih faham berkenaan kepentingan tahaluf siyasi berbanding PAS. SELAGI PARTI-PARTI MELAYU DI MALAYSIA INI DIKETUAI PEMIMPIN BAGHAL DAN BANGANG MAKA SELAGI ITULAH DAP BERMAHARAJALELA DI ATAS PERPECAHAN MELAYU!!! |
Friday, 8 November 2013
SELAGI ADA MELAYU BAGHAL DAN BANGANG!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
AKU SUKA PAS DIHINA BEGITU OLEH DAP SEBAB SEBELUM INI PAS BEGITU KUAT MENGHINA INSAN SEBANGSA TERUTAMA SEKALI UMNO.AKU PERCAYA KALAU KARPAL DAN AHLI DAP KENCING ATAS SERBAN KAUM DAN PEMIMPIN PAS PUN MEREKA TAK AKAN MARAH MALAHAN MASIH MAMPU TERSENGIH SENGIH BAK KERANG BUSOK.....ITU LAH SEBENARNYA MARUAH PARTI PAS...YAKNI PARTI ISLAM YANG LAHIR UNTUK DIHINA DAN DIKENCING.
Post a Comment