Friday, 15 November 2013

Akhirnya, misteri Jenazah tidak reput dirungkai waris.






















SEGAMAT - Beberapa waris kepada 
jenazah 
yang ditemui dalam keadaan sempurna 
semasa kerja pemindahan di Tanah 
Perkuburan Islam Batu Badak, di sini 
menerima dengan reda apa yang 
berlaku.


Hamisah Kassim, 67, anak kepada 
Allahyarham Mehran Jaafar berkata, 
ibunya meninggal dunia tujuh tahun 
lalu ketika berumur 83 tahun dan tidak 
menafikan ketika hayat allahyarham 
seorang yang alim dan suka membantu 
orang tanpa mengharapkan sebarang 
balasan.


“Arwah ibu sentiasa menunaikan solat 
di awal waktu. Dia juga akan membaca 
Al-Quran setiap hari walaupun adakala 
sibuk dengan tugasnya menguruskan 
rumah tangga.


“Saya juga masih ingat sikap ibu yang 
tidak suka menyusahkan orang lain 
termasuk anak-anak dan ibu juga hanya 
akan bercakap dan bersuara mengenai 
perkara yang dirasakan penting sahaja,” 
katanya ketika ditemui di rumahnya yang 
terletak berhampiran tanah perkuburan 
Islam Batu Badak, semalam.


Menurutnya, apa yang berlaku kepada 
jenazah ibunya itu adalah kehendak 
Allah SWT terhadap hamba-Nya dan 
seharusnya dijadikan sebagai renungan 
kepada mereka yang masih hidup.


Satu lagi jenazah yang ditemui dalam 
tidak reput adalah abang ipar Hamisah 
iaitu Ahmad Raof yang meninggal dunia 
ketika berusia lewat 60an lapan tahun 
lalu.


“Arwah Ahmad Raof merupakan bekas 
pesara di Institut Kemahiran Belia Negara 
(IKBN) Dusun Tua dan pernah menjadi 
wartawan sambilan. Tetapi, saya tidak 
dapat memastikan sama ada kedua-dua 
mereka menghafal Al-Quran atau tidak.


“Tetapi setahu saya mereka berdua 
memang selalu membaca Al-Quran 
hampir setiap hari dan dari apa yang 
saya dengar mereka yang menghafal 
Al-Quran jenazahnya tidak akan 
dimamah Bumi dan saya pun tidak 
dapat mengesahkan adakah mereka 
tergolong dalam golongan tersebut” 
katanya.






Bagi Jaafar Mohd Said (Gambar), 78, dia 
berharap jenazah yang ditemui dalam 
keadaan baik itu sebagai salah satu 
petanda bahawa jasad mereka dimuliakan 
oleh ALLAH SWT dan mengharapkan 
kesemua jenazah ditempatkan dalam 
kalangan orang yang beriman.


“Di sini terdapat kubur waris-waris saya 
dan di antaranya ialah kubur ayah saya 
(Mohd Said Ahmad) dan abang saya 
(Yusuf Mohd Said). Saya pun masih 
terkejut apabila mendapati kain kapan 
mereka masih berada dalam keadaan 
elok meskipun telah lama meninggal 
dunia.


“Arwah ayah meninggal ketika berusia 
78 tahun dan abang saya pada umur 63 
tahun. Sukar untuk saya mentafsirkan 
apa yang berlaku kerana semua ini 
merupakan urusan ALLAH SWT dan 
kita sebagai hamba yang beriman 
harus mempercayainya terutama perkara
-perkara ghaib ini. Saya bimbang jika apa 
yang berlaku ini boleh mendorong kita 
kepada sifat riak dan takbur.


“Tapi apa yang boleh saya perkatakan 
kedua-dua waris saya ini semasa hayat
nya memanglah seorang yang warak 
dan taat kepada ajaran agama serta 
selalu membaca Al-Quran jika mempunyai 
masa terluang,” katanya ketika ditemui 
di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak.


Menurutnya, arwah bapanya itu merupa
kan bekas Penghulu mukim Gemereh dan 
sepanjang ingatannya bapanya seorang 
yang cukup penyabar dan jarang baginya 
untuk melihat bapanya itu marah.


Malah Mohd Said ketika hayatnya 
dikatakan suka menolong orang yang 
berada di dalam kesusahan dan sifat
nya itu diwarisi oleh abangnya yang 
kemudiannya menjawat jawatan 
sebagai Penghulu Mukim Gemereh 
bagi menggantikan bapanya itu

No comments: