Monday, 4 November 2013

Kisah Budak Kecil dan Api Neraka.



Seorang budak menangis ketika melihat unggun 
api yang sedang marak menyala..

Khalifah Harun Al-Rasyid bertanya kepadanya 
kenapa dia menangis . Budak itu menjawab, 
"Aku takutkan api Neraka."

Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil 

sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam 
api Neraka."

Namun apakah jawapan budak itu? Katanya,

 "Aku lihat ketika orang menyalakan unggun 
api, mereka akan memasukkan ranting-ranting
yang kecil dahulu. 

Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasuk
kan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang 
sama berlaku di dalam Neraka kelak. Aku 
umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan itu, Khalifah Harun 

Al-Rasyid turut menangis..

Pengajaran : Apabila rasa takutkan Allah 

S.W.T berada dalam hati, semua yang dilihat 
akan memberi pengajaran dan hikmah. 

Hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan 
manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang 
takutkan Allah S.W.T lantas menghalang 
mereka melakukan dosa dan maksiat.



Wallahuaklam (Kisah Budak Kecil dan Api 
Neraka).

2 comments:

Muslim said...

Sifat taqwa, sentiasa merasakan Allah swt sentiasa melihatnya dan malaikat sentiasa bersamanya, memerhati, mencatat dan merakam amalan dan perbuatannya.

Muslim said...

Kerana itu ia sentiasa berhati hati dlm tindak tanduk dan amalannya, takut mendtgkan kemurkaan Allah swt yg menyebabkan bencana di Akhirat kelak. Dlm melakukan amalan baik pula ia bersungguh sungguh ditakuti tidak diterima Allah swt hingga menjadi sia sia di Akhirat.