Astaghfirullah! Bangkai Khinzir Diletakkan Di Dalam Masjid
Jemaah yang memasuki masjid untuk bersembahyang terkejut apabila mendapati bangkai khinzir yang diletakkan di dalam masjid oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
(Gambar bangkai babi atau khinzir diletakkan di dalam masjid)
STOCKHOLM – SWEDEN. Sekumpulan jemaah terkejut selepas mendapati bangkai khinzir berada di dalam premis masjid di Sweden.
Jurucakap polis, Ulf Lindgren berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11 pagi waktu tempatan memaklumkan penemuan bangkai binatang itu.
“Kami dapati tingkap utama masjid juga pecah dengan kaca bertaburan. Kami yakin perbuatan ini dilakukan oleh individu anti Muslim dan ia dianggap serius,” katanya pada laporan AFP.
Menurutnya, kes ini diklasifikasikan sebagai perbuatan vandalisme dan siasatan lanjut sedang dilakukan. –Sinar Harian
(Gambar masjid di Stockholm, Sweden yang menjadi mangsa vandalisme)
sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment