Sunday, 17 November 2013

DOA ORANG TERANIAYA SENTIASA DIMAKBULKAN ALLAH!!!


SUBHANALLAH! - KERANA ROBOHKAN MASJID, PHILLIPPINE DILANDA TAUFAN TERDAHSYAT 

DI DUNIA!!!


Sedih dan kesian apabila meliht bencana 
alam yang menimpa filipina, Taufan 
Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini 
wilayah tengah Filipina kini bagaikan 
padang jarak padang tekukur selepas 
dibadai Taufan Haiyan yang merupa
kan ribut paling kuat di dunia pada 
tahun ini.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti 
ramai tak tahu, mungkin ini adalah 
salah satu bala yang menimpa negara 
tersebut setelah sebuah masjid di 
robohkan di Manila pada September 
2013 dan Allah turunkan bala dengan 
kelajuan angin 315km/hr di mana 
yang terkuat sekali terjadi di 
dunia yang pernah di catatkan.





Taufan yang dahsyat tersebut 
mencetuskan ombak besar seperti 
tsunami yang melanda pulau-pulau 
di Filipina sejak Jumaat lalu. 


Taufan Haiyan turut 
mengakibatkan kemusnahan 
teruk di sekurang-kurangnya enam 
daripada 7,000 kepulauan negara 
itu dengan Leyte, Pulau Samar dan 
bahagian utara Cebu paling teruk 
terkesan.






PERISTIWA PEROBOHAN MASJID DI MANILA.

Dalam kejadian perobohan masjid 
tersebut pergolakan telah berlaku 
bagi mempertahankan masjid tersebut 
dan dikatakan 3 orang terbunuh 
dalam kejadian tersebut.


Abdelmanan Tanandato , seorang 
pemimpin Islam berkata, tiga orang 
terbunuh dalam pertembungan - 
Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 
30 , dan Rajid Batalo . 


Beliau berkata Macalnas meninggal 
dunia di Hospital San Juan de Dios 
daripada dua luka tembakan manakala 
Usman dan Batalo terbunuh di 
tempat kejadian.



Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah 
untuk merobohkan masjidpada masyarakat 
Islam di daerah Baclaran dan melepaskan 
tembakan bagi menentang penduduk yang 
mempertahankan masjid tersebut.



SUMBER : philstar.com, Kosmo, google


Subhanallah, ini adalah ujian dari 
Allah s.w.t supaya kita sedar dan 
insaf betapa kerdilnya kita di muka 
bumi ini. Kalau tuhan nak tunjuk 
sekelip mata saja boleh binasa...
ini juga menunjukkan tiada apa yang 
kekal di muka bumi, manusia 
juga tidak terkecuali...KEMATIAN 
itu pasti...sesama kita berdoa supaya 
Allah s.w.t mengampuni segala dosa-
dosa umat islam di dunia ini 
sebelum terlambat. 

No comments: