Saturday, 16 November 2013

Wajah 5 Pemain Bola Yang Meninggal Di Atas Padang!!!
















Beberapa pemain bola sepak yang mengejutkan dunia 
kerana meninggal dunia ketika sedang bermain di atas 
padang. Gambar dibawah adalah senarai LIMA pemain 
tesebut. 


Piermario Morosini













Pemain Udinese yang dipinjamkan ke Livorno, Piermario 
Morosini telah menghembus nafas terakhirnya pada 14 
April 2012 ketika perlawanan menentang Pascara. 
Piermario diserang penyakit jantung dan terus rebah 
tidak sedarkan diri.


Marc-Vivien Foe

Seorang pemain bola sepak kebangsaan Cameroon. Ia 
meninggal di Lyon, Perancis, 26 Jun 2003 pada umur 28 
tahun akibat serangan jantung ketika bermain pada Piala 
Konfederasi menentang Columbia. Dia terjatuh di tengah 
lapangan secara tiba-tiba tanpa ada pemain berhampiran
nya lalu meninggal.

Antonio Puerta


Pemain kebangsaan Spanyol yang lahir pada 26 November 1984 ini 
juga meninggal dunia akibat serangan jantung. Dia bermain untuk 
kelab Sevila dan rebah ditengah padang meninggal 3 hari kemudian 
pada 28 Ogos 2007.

Phil O'Donnell

Pemiain yang berasal dari Scotland dan menjadi kapten pasukan 
Motherwell meninggal dunia setelah pengsan ketika perlawanan 
menentang Dundee United di Liga Skotlandia pada 29-12-2007 
di Fir Park.


Miklos Feher

Feher mengalami masalah yang sama dengan Foe. 
Pemain Benfica itu meninggal akibat serangan jantung 
ketika perlawanan menentang Vitoria de Guimareas di 
Liga Portugal di Estadio da Luz, 25 Januari 2004. Ia 
sempat dibawa ke hospital tetapi beliau tidak dapat 
diselamatkan.

No comments: