Tuesday, 19 November 2013

SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA!!!

MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA.

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). 

Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).

Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.

Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sjöquist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634–R640, 1995)

Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.

Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormone ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.

Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331–370, 1991).

Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.
Gambar: MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan  kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

No comments: