Thursday 14 November 2013

BERSIHKAN IMEJ PAS YANG TERLALU TERCEMAR DEK MAT SABU!!!




TIMBALAN PRESIDEN PAS – NIK AMAR HARAPAN BARU PAS!!!



TIMBALAN PRESIDEN PAS – NIK AMAR HARAPAN BARU PAS

Dalam kemeriahan ramai orang dan banyak pihak memberi pandangan berkenaan tokoh paling layak untuk mengisi jawatan kedua terpenting dalam hieraki PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, saya juga ingin berkongsi hal yang sama.

Daripada lima senarai calon termasuk Salehuddin Ayub, Dato Tuan Ibrahim dan yang terakhir Dato Husam Musa telah mengumumkan menarik diri daripada bertanding untuk posisi itu, saya merasakan calon yang paling ‘suitable, compatible dan fit’ atau bahasa kitanya ‘cocok’ untuk jawatan Timbalan Presiden PAS ialah YB Dato’ Hj. Mohd Amar bin Abdullah (Dato’ Nik Amar). Saya punya asbab tersendiri dan saya yakin PAS Kawasan yang telah mencalonkan beliau juga berkongsi rasa dan pandangan yang sama dengan saya.

Anak kepada Pak Nik Lah ini adalah berketurunan raja dan ulama’. Berlatarbelakangkan pendidikan agama yang diasuh oleh ayahnya dan datuknya sejak kecil, kemudian menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Islam di UKM dan Sarjana Falsafah dalam Theological Studies di UK, beliau boleh dikategorikan dalam golongan ‘ulama’-professional’ sebagaimana gagasan almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Buktinya, beliau pernah berkhidmat sebagai Penguasa Kastam selama 2 tahun dan sebagai Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu di UIAM selama 10 tahun sebelum menjadi Ahli Parlimen Pengakalan Chepa selama beberapa penggal. Kini beliau adalah ADUN Panchor. Pengalaman beliau sebagai exco Kerajaan Kelantan juga menjadi nilai tambah kepada kewibawaan beliau yang diperlukan bagi seorang pemimpin kanan parti Kewibawaan keilmuannya dan kredibiliti kepimpinannya serta sikap amanah dan tegas, beliau juga kini telah diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.

Mengapa saya katakan Dato’ Nik Amar paling cocok untuk jawatan Timbalan Presiden PAS?

PERTAMA: Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua terpenting. Penjawatnya akan membantu dan memangku tugas dan peranan Presiden. Apa yang menjadi syarat kelayakan bagi seorang Presiden adalah juga syarat kelayakan bagi seorang Timbalan Presiden; faqih dan alim, berkeilmuan dan berkemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan, menjadi ikon penyatu bagi ahli, dan bersedia untuk menjadi orang kanan Presiden dengan menyokong, membantu dan mempertahankan Presiden yang bertindak sebagai ketua jamaah atau parti. Pada saya, Datuk Nik Amar menepati ciri ini.

KEDUA: Pengangkatan Dato’ Nik Amar sebagai Timbalan Presiden mewakili tokoh ulama’ yang punyai upaya kepimpinan akan menyempurnakan konsep Kepimpinan Ulama’ yang tersangat penting kepada PAS bagi meyakinkan ahli PAS dan masyarakat terhadap keaslian perjuangan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyyah, serta berjati diri dan tidak luntur dengan pengaruh asing.

KETIGA: Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Dato’ Nik Amar dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan akan memantapkan lagi gerak kerja parti untuk menunaikan tanggungjawab dan mencapai tujuaan penubuhannya. Aspek ini juga sangat penting bagi memastikan visi parti dan halatuju jamaah yang dikemukakan oleh Presiden dapat diterjemahkan secara lebih efisen dan strategik oleh Timbalan Presiden kepada pelbagai lapisan unit kerja jamaah.

Apa yang menarik juga jika Dato’ Nik Amar dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS akan mengukuh dan memantapkan lagi Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS dan matlamat PAS untuk melaksanakan undang-undang Allah s.w.t. di atas muka bumi ini akan lebih cerah. Bukan sahaja kerana jawatan itu, tetapi juga kerana Dato’ Nik Amar adalah antara pemimpin PAS yang benar-benar memahami kewajipan pelaksanaan undang-undang itu sehingga dijadikan matlamat PAS serta beliau sangat bersungguh untuk merealisasikannya.

Paling istimewa, dia menjadi orang harapan al-Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliaulah yang kerap kali diminta oleh Tuan Guru untuk menggantikannya menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di dataran Kota Bharu –iaitu tugas paling utama sebagai seorang ulama’; mencerahkan ummah dengan penghayatan Islam dan menyampaikan mesej ubudiyyah kepada Allah serta menjahui taghut.

Bagi saya, Dato’ Nik Amar adalah calon paling cocok untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Abu Darda'
Dalam kemeriahan ramai orang dan banyak pihak memberi pandangan berkenaan tokoh paling layak untuk mengisi jawatan kedua terpenting dalam hieraki PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, saya juga ingin berkongsi hal yang sama.


Daripada lima senarai calon termasuk Salehuddin Ayub, Dato Tuan Ibrahim dan yang terakhir Dato Husam Musa telah mengumumkan menarik diri daripada bertanding untuk posisi itu, saya merasakan calon yang paling ‘suitable, compatible dan fit’ atau bahasa kitanya ‘cocok’ untuk jawatan Timbalan Presiden PAS ialah YB Dato’ Hj. Mohd Amar bin Abdullah (Dato’ Nik Amar). Saya punya asbab tersendiri dan saya yakin PAS Kawasan yang telah mencalonkan beliau juga berkongsi rasa dan pandangan yang sama dengan saya.


Anak kepada Pak Nik Lah ini adalah berketurunan raja dan ulama’. Berlatarbelakangkan pendidikan agama yang diasuh oleh ayahnya dan datuknya sejak kecil, 


Kemudian menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Islam di UKM dan Sarjana Falsafah dalam Theological Studies di UK, beliau boleh dikategorikan dalam golongan ‘ulama’-professional’ sebagaimana gagasan almarhum Ustaz Fadzil Noor.


Buktinya, beliau pernah berkhidmat sebagai Penguasa Kastam selama 2 tahun dan sebagai Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu di UIAM selama 10 tahun sebelum menjadi Ahli Parlimen Pengakalan Chepa selama beberapa penggal. 


Kini beliau adalah ADUN Panchor. Pengalaman beliau sebagai exco Kerajaan Kelantan juga menjadi nilai tambah kepada kewibawaan beliau yang diperlukan bagi seorang pemimpin kanan parti. 


Kewibawaan keilmuannya dan kredibiliti kepimpinannya serta sikap amanah dan tegas, beliau juga kini telah diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan.


Mengapa saya katakan Dato’ Nik Amar paling cocok untuk jawatan Timbalan Presiden PAS?


PERTAMA: Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua terpenting. Penjawatnya akan membantu dan memangku tugas dan peranan Presiden. 


Apa yang menjadi syarat kelayakan bagi seorang Presiden adalah juga syarat kelayakan bagi seorang Timbalan Presiden; faqih dan alim, berkeilmuan dan berkemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan. 


Menjadi ikon penyatu bagi ahli, dan bersedia untuk menjadi orang kanan Presiden dengan menyokong, membantu dan mempertahankan Presiden yang bertindak sebagai ketua jamaah atau parti. Pada saya, Datuk Nik Amar menepati ciri ini.


KEDUA: Pengangkatan Dato’ Nik Amar sebagai Timbalan Presiden mewakili tokoh ulama’ yang punyai upaya kepimpinan akan menyempurnakan konsep Kepimpinan Ulama’ yang tersangat penting kepada PAS bagi meyakinkan ahli PAS dan masyarakat terhadap keaslian perjuangan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyyah, serta berjati diri dan tidak luntur dengan pengaruh asing.


KETIGA: Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Dato’ Nik Amar dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan akan memantapkan lagi gerak kerja parti untuk menunaikan tanggungjawab dan mencapai tujuaan penubuhannya. 


Aspek ini juga sangat penting bagi memastikan visi parti dan halatuju jamaah yang dikemukakan oleh Presiden dapat diterjemahkan secara lebih efisen dan strategik oleh Timbalan Presiden kepada pelbagai lapisan unit kerja jamaah.


Apa yang menarik juga jika Dato’ Nik Amar dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS akan mengukuh dan memantapkan lagi Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS dan matlamat PAS untuk melaksanakan undang-undang Allah s.w.t. di atas muka bumi ini akan lebih cerah. 


Bukan sahaja kerana jawatan itu, tetapi juga kerana Dato’ Nik Amar adalah antara pemimpin PAS yang benar-benar memahami kewajipan pelaksanaan undang-undang itu sehingga dijadikan matlamat PAS serta beliau sangat bersungguh untuk merealisasikannya.



Paling istimewa, dia menjadi orang harapan al-Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliaulah yang kerap kali diminta oleh Tuan Guru untuk menggantikannya menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di dataran Kota Bharu –iaitu tugas paling utama sebagai seorang ulama’; mencerahkan ummah dengan penghayatan Islam dan menyampaikan mesej ubudiyyah kepada Allah serta menjauhi taghut.


Bagi saya, Dato’ Nik Amar adalah calon paling cocok untuk jawatan Timbalan Presiden PAS








No comments: