PUBLISITINURKHAIRY!!!!
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akhir-akhir ini, dunia politik dan dunia hiburan seolah-olah sedang bersaing dari segi merebut tempat dalam carta populariti.
Suatu ketika dahulu, dunia hiburan dilihat sebagai dunia gelap golongan bahawan manakala dunia politik pula adalah tempat orang-orang terhormat, yang bijak dan berpandangan jauh yang mampu memimpin dan membawa negara ke hadapan.
Jika artis perlu membuat kenyataan kontroversi untuk menarik perhatian, maka menteri juga menggunakan taktik yang sama untuk menonjolkan diri. Sang Menteri akan bercakap apa sahaja asalkan dapat menempelkan muka di akhbar. Akhirnya, keluarlah kenyataan-kenyataan yang kurang bijak dan tidak bijak langsung dari mulutnya.
kita menjangkakan respon yang matang dari sang Menteri setelah ditegur oleh artis itu. Bagaimanapun, beliau nampaknya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja penyokongnya menyerang balas.
Sikap mendiamkan diri sedang isu terus hangat menunjukkan keangkuhan Menteri tersebut, sekali gus membangkitkan rasa muak di kalangan rakyat terhadap gelagat penyokong yang sanggup berkata apa saja demi membela pemimpin mereka.
Jika sang Menteri kurang beradab, itu mungkin merupakan masalah yang berpunca dari cara didikan di rumah dan merupakan masalah peribadinya. Tetapi jika Menteri tidak tahu adab berpolitik, maka kelam kabutlah negara hanya kerana sang Menteri ingin mencari publisiti.
Di dalam Islam, adab melambangkan darjat yang tinggi. Kegagalan memahami semua ini menjadikan dunia politik Malaysia dipandang semakin rendah dan semakin hina setiap hari-petikan dari blogMIK.
KOMEN KD:
DALAM HAL INI SITI NURHALIZA TAK PERLU MOHON MAAF KERANA APA YANG DITEGURNYA ITU TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU PUN TATA ETIKA SEDIA ADA.
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DIA BERHAK MENEGUR PEMIMPIN NEGARA.KALAU PEMIMPIN NEGARA YANG MASIH MUDA DAN BELUM BENAR-BENAR MENGENAL ADAB SOPAN BUDAYA TIMUR MAKA DIA SELAYAKNYA DITEGUR.
KALAU KHAIRI JAMALUDDIN BERHAK MENEGUR FAM,KENAPA PULA SITI TIDAK BERHAK MENEGUR MENTERI???KENAPA PENYOKONG KJ BERIA-IA MEMBURUKKAN SITI SAMPAI MENYENTUH HAL PERIBADI.NAMPAK SANGAT TIDAK MATANG DAN TIDAK MEMAHAMI ISU SEBENAR!!!
MEREKA MARAH FAM BERDIAM DIRI MALAH MEMOMOKKAN FAM SUDAH KEBAL TAK BOLEH DITEGUR!
IRONISNYA MEREKA MARAH PULA BILA KJ DITEGUR OLEH SITI.KEBAL SANGAT KE KJ NI SAMPAI TAK BOLEH DITEGUR LANGSUNG.
KATA DULANG PAKU SERPIH!!!
DALAM POLITIK DIA BOLEH CAKAP SELANCANG ITU.TAK MENGAPA KERANA BINATANG POLITIK SUDAH FAHAM DAN MEMPUNYAI PENYOKONG TERSENDIRI YANG SUDAH MASAK BERPOLITIK.
MASALAHNYA INI BUKAN BIDANG POLITIK.INI BIDANG PENGURUSAN SUKAN!MENTERI SUKAN SEBELUM INI PUN PERNAH MENEGUR.TAPI SECARA BERHEMAH!TIDAKLAH SAMPAI MASUK DALAM KELAMBU DAN KACAU URUSAN ORANG!
KALAU NAK MENEGUR SANGAT JANGANLAH HEBOH DALAM MEDIA MASSA.ORANG LAIN PUN ADA HATI DAN PERASAAN YANG PERLU KITA JAGA!!!
HEBOH DI MEDIA MASSA NI HANYA LAH ORANG YANG SUKA CARI PUBLISITI!!!
SEMAKIN PINCANG PERJALANAN KEPIMPINAN NEGARA SAMPAI TAK BOLEH DITEGUR RAKYAT SENDIRI!!!
P/S: SEMASA KJ BERADA DALAM KEPIMPINAN FAM,APA SUMBANGAN DIA DALAM MEMAJUKAN BOLASEPAK NEGARA???
1 comment:
Khairy inilah yang boleh memulihkan imej kempimpinan UMNO yang lapok dan busuk...mahu UMNO berubah tapi pemimpin2 imej kontroversi dan busuk masih kekal dalam UMNO, macam mana..? satu petanda BN akan kalah besar PRU14..
Post a Comment