Wednesday, 20 November 2013

BUAT SENDIRI,BOLEH JUGA JIMAT WANG!!!



By Wan Rohani. 

Resepi Untuk Dikongsi.




Chiken Chop Dengan Sos Lada 



Hitam


Chiken Chop Dengan Sos Lada Hitam

Bahan-bahannya
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat 
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram 
½ sudu teh kicap cair 
beberapa titis kicap pekat 
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
-Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
-Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
-Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram , kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
-Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.



Bahan-bahannya;


2 keping daging ayam, dibuang tulang 
dan diketuk isinya

1 biji telur, dipukul sedikit

½ cawan tepung jagung

minyak secukupnya untuk menggoreng.


Bahan untuk perap

1 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar jus limau

½ sudu teh garam

½ sudu the serbuk lada hitam

½ sudu teh soda bikarbonat


Bahan untuk sos

250 ml stok ayam

¼ sudu teh garam

¼ sudu teh serbuk lada putih

1/8 sudu teh serbuk lada hitam

¼ sudu teh garam

1 sudu besar sos tiram

½ sudu teh kicap cair

beberapa titis kicap pekat

1 biji bawang besar, didadu keci
l
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus

½ sudu besar tepung gandum



Cara-caranya







-Daging ayam diperap dengan bahan





-bahan perapan dan disimpan dalam peti





 sejuk selama beberapa jam atau





 sebaiknya semalaman.



-Panaskan minyak secukupnya dalam





 kuali. Celup daging ayam yang telah





 diperap kedalam telur dan salut dengan





 tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut





 sehingga garing dan berwarna 





kekuningan. Hidangkan di pinggan


.
-Panaskan sedikit minyak di kuali dan





 masukkan bawang putih yang telah





 dicincang. Bila ia sudah naik bau





 masukkan pula bawang besar yang telah





 didadu. Goreng sehingga bawang layu





 dan naik bau


.
-Masukkan tepung dan goreng sekejap.



 Kemudian masukkan pula serbuk lada



 putih, serbuk lada hitam, garam, sos



 tiram , kicap cair dan kicap pekat juga



 stok ayam

.


-Reneh kuah ini sehingga ia memekat


.


 Kemudian boleh tuang sos ini diatas





 chicken chop dan sebaiknya hidangkan





 panas. Hidangkan juga lauk sampingan





 seperti coleslaw, baked beans, mash




 potato atau kentang goreng.


No comments: