Wednesday 6 November 2013

LORI BIJIH BERMAHARAJALELA DI JALAN RAYA. JALAN RAYA MAK BAPAK DIA YANG PUNYA!!!

Lori Bijih Besi Bertambah Kini Bimbangkan Penduduk !!




JERANTUT - Jumlah lori memunggah bijih besi yang menggunakan laluan Jerantut-Lipis sejak kebelakangan ini dilihat semakin bertambah sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya. 


Pengguna, Mohd Ali Mohamed Yusof, 45, berkata, lori terbabit dilihat sebagai ‘raja’ di laluan itu kerana kebanyakan kenderaan tidak dapat memotong. 


Menurutnya, keadaan pergerakan dan pemanduan lori bijih besi itu juga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna yang kerap berurusan ke bandar Jerantut dan Kuala Lipis.


 “Selain kapasiti muatan cukup berat ada ketikanya pemandu lori berkenaan tidak cakna kerana tidak memberi peluang kenderaan lain memotong seolah-olah mereka mendahului di jalan raya tanpa menghiraukan risiko keselamatan. 


“Baru-baru ini, satu kemalangan membabitkan treler muatan bijih besi di Kilometer 17, Jalan Jerantut ke Kuala Tembeling perlu ditangani segera pihak terlibat,” katanya. 


Bagaimanapun katanya, tiada kematian dilaporkan namun keadaan lori yang terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan telah menyekat laluan kenderaan di kedua-dua arah. 


“Berlaku kesesakan lalu-lintas dan ribuan kenderaan yang berulang alik di laluan terbabit terpaksa berpatah balik dan mencari laluan alternatif. 


“Difahamkan insiden yang bermula pada waktu pagi itu juga mengundang kerugian dalam kalangan petani kerana gagal membawa hasil kampung ke bandar Jerantut,” katanya.-sinarharian.

2 comments:

usin malaun said...

bukan lori aje yang berbahaya jalanraya nak lalu pun takut berlubang sana sini.tak apa janji aman dan lombong bijih pun dompok yang punya..ikut dia la nak buat apa pun itu bukan masalah dompok tp masalah rakyat..janji aman la sangat dan janji ditepati la sangat..

Kutukandewata said...

ye ke awok ni.lombong tu dah lama dompok jual!