Hanya Kerana Berebut Wanita Cantik,
17 Orang Mati Dipenggal.
Seorang jurucakap di Afghanistan menyatakan,
17 orang termasuk yang ditemui mati dengan
kepala mereka dipenggal kelmarin merupakan
mangsa yang terperangkap dalam pergaduhan melibatkan duakomander kumpulan Taliban.
Beberapa pegawai tempatan sebelum ini
mendakwa, kumpulan Taliban menyerang
satu parti di kawasan yang dikuasai mereka
di selatan Afghanistan dan memenggal
kepala 17 orang termasuk dua wanita.
Seorang pegawai tersebut, Neyamatullah
Khan berkata, mereka dibunuh kerana
mengadakan parti yang melibatkan
pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
berserta iringan muzik serta acara tarian
yang melanggar ajaran Islam.
Serangan kejam itu berlaku di sebuah
rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar
75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah
Helmand, Lashkar Gah.
Namun, jurucakap gabenor wilayah
Helmand memberitahu, semua mangsa
maut akibat terperangkap dalam
pergaduhan melibatkan dua komander
kumpulan Taliban.
Jurucakap berkenaan, Daoud Ahmadi
berkata, mereka bergaduh dipercayai
kerana berebutkan dua wanita itu.
Menurutnya, satu kejadian tembak-
menembak berlaku semasa pergaduhan
tersebut.
Namun, jelasnya, beliau tidak pasti
pergaduhan itu mempunyai kaitan dengan
muzik dan acara tarian yang diadakan atau
sama ada beberapa anggota Taliban adalah
antara mereka yang maut dalam insiden
tersebut.
"Semua mangsa dipenggal kepala mereka tetapi
tidak jelas sama ada mereka ditembak terlebih
dahulu," ujarnya.
Dalam pada itu, jurucakap Taliban, Qari Yousef
Dalam pada itu, jurucakap Taliban, Qari Yousef
Ahmadi menafikan dakwaan pihaknya terbabit
dalam pembunuhan tersebut.
"Anggota Taliban tidak akan membunuh orang
awam. Komander Taliban juga tidak bergaduh
sesama mereka," kata Qari.
"Kami tidak tahu tentang kejadian ini. Sama
"Kami tidak tahu tentang kejadian ini. Sama
ada ia berlaku atau sebaliknya, kami tidak
terbabit," tegasnya. Kumpulan Taliban
menguasai sebahagian besar daerah Musa
Qala yang mengandungi lebih 100 buah
kampung sejak 2001.
No comments:
Post a Comment