Monday, 18 November 2013

TAK LUCAH PUN,TAK LUCAH PUN!!!

“Saya Bukannya Tunjuk Foto Lucah Pun!” – Ammar Alfian.

ohartis-ammar-alfian-seksi-1
Ammar Alfian Aziz bukan satu nama yang cukup “gah” dalam industri perfileman negara ini. Dia tidaklah dikenali ramai melainkan pernah hot kerana dikenali sebagai “model seluar dalam” suatu ketika dulu selain selalu bermasalah dan mencari pasal dengan insan yang lebih berbakat dan berkaliber dari dirinya seperti Syamsul Yusof. 

Mungkin kerana menyedari popularitinya yang suam-suam kuku itu semakin sejuk di bawah paras beku, Ammar mula mencetuskan kontroveri dengan memuat-naik gambar seksi dan ada yang mengghairahkan di laman Facebook, miliknya. Ammar yang dikritik akan perbuatan tersebut menjelaskan yang tak ada salahnya dia nak memuat-naik gambar tubuh-badannya itu sekalipun.

“Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi
foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut.

Jelas Ammar lagi, segala kritikan dan tanggapan orang ramai terhadap dirinya, tidak pernah menjejaskan pemikiran dan karier’nya.

“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman. Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah.”
ohartis-ammar-alfian

Ammar sebelum ini pernah bercinta dengan Puteri Sarah namun hubungi mereka terhenti ditengah jalan.
Ammar yang sudah nekad untuk berhenti dari dunia lakonan kini sibuk memberi fokus kepada pembelajarannya dalam bidang Fisioterapi di Universiti Mahsa. 

Baguslah tu Ammar. Habis belajar buka bisnes pula boleh jadi macam Datuk Sani. Kalau Datuk Sani tu pun masih dalam industri hiburan kita ni, memang takkan ke mana beliau hari ini. 

Lagipun kemasukan anda dalam dunia seni pun kami lihat tak pernah dihargai malah anda tak ubah menjadi mangsa keadaan kepada banyak perkara untuk menaikkan nama pihak lain.

KEPADA PEMINAT LEPAS NI BIARKAN SAHAJALAH APA AMMAR ALFIAN NI NAK BUAT. DIA BUKAN SELEBRITI LAGI. JADI TAK PERLU AMBIL TAHU KISAH HIDUPNYA LAGI.

No comments: