Teknik kemutan faraj dalam hubungan seks.
Bab ini membincangkan soal seni kemutan faraj ketika jimak. Di dalam sesetengah masyarakat tradisional, bakal pengantin perempuan akan diajar teknik-teknik mengemut faraj supaya ianya dapat mencengkam dengan baik sewaktu jimak.
Kemutan yang kemas mendatangkan rasa nikmat yang maksima bukan saja kepada suami, malahan juga kepada isteri melalui rangsangan dari geseran yang lebih berkesan kepada kepala zakar suami dan dinding rahim isteri.
Kemutan yang kemas dan bersistem membantu melambatkan inzal suami disamping menolong cepatkan inzal isteri. Dengan cara-cara tertentu juga, isteri boleh merangsang suami untuk cepat inzal jika perlu.
Ada 2 cara latihan yang jika diamalkan selalu boleh membantu wanita mempunyai otot faraj yang mampu mengemut dengan baik
Latihan otot qubul (buang air kecil) – dilakukan seolah-olah menahan kencing. Kemut dan tahankan kemutan itu beberapa saat, kemudian lepaskan.
Ulangi sebanyak 20 kali sehari, setiap hari. Latihan ini boleh saja dilakukan diwaktu santai atau ketika memandu atau sewaktu di tempat kerja.
Latihan otot dubur (buang air besar) – dilakukan seolah-olah menahan najis. Lakukannya 20 kali sehari selepas melatih otot pertama qubul
Teknik-Teknik Cengkaman dan Kemutan Faraj
1. Kemutan Beserta Diam
Dilakukan apabila suami mendiamkan zakarnya tanpa berdayung. Kemutan yang dilakukan apabila suami berehat sebentar dalam keadaan zakar diberhentikan dari berdayung dan diredamkan di dalam faraj akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami, dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana faraj itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada zakar.
2. Kemutan Beserta Sorong
Kemutan apabila suami menyorongkan zakarnya. Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan zakarnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik zakarnya akan mempercepatkan suami isnzal maninya atau ejakulasi.
Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama apabila jima, atau sekiranya keadaan lubang faraj terlalu licin akibat air mazi isteri yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar akibat banyak kali bersalin.
3. Kemutan Beserta Tarik
Dilakukan semasa suami menarik zakarnya akan membantu suami melambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri. Gerakan suami menarik zakar dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan faraj isteri akan mengurut batang zakar ke arah hujung atau kepala zakar – dan ini membantu melambatkan inzal suami.
Sebaliknya bagi isteri, apabila mencengkam zakar yang sedang ditarik dari liang faraj akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam jimak. Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong zakar.
No comments:
Post a Comment