MCA dan DAP setuju langgar titah Sultan Selangor!
1.Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya.
Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, beliau menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu.
2.Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God.
Mereka tidak God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama sama bersatu dalam menentang Sultan Selangor.
3.Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata:
"Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu. Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahaja lah" katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah.
4.Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara "
5.Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata:
"Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya"
6.Barisan peguam DAP pula menambah:
"Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan ' Allah ', ia adalah satu bentuk ungkapan. Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan"
7.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan Allah didalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan. Kerana ini adalah hak sesorang apabila sudah membayarnya.
KOMEN KD:
GUNAKAN JUGA KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE VERSI BAHASA CINA,TAMIL,SIKH,INGGERIS,PRANCIS DAN LAIN-LAIN.
JANGAN DALAM BIBLE VERSI BAHASA MELAYU AJE NAK GUNA KALIMAH ALLAH SEDANGKAN BIBLE VERSI BAHASA LAIN TAKUT NAK GUNA.APA HAL?APA MASALAHNYA??? TAK KE TU ADA AGENDA TERSIRAT???
No comments:
Post a Comment