- KUALA TERENGGANU : Pada usia yang
masih muda, dua beradik terpaksa
melalui kehidupan yang memeritkan
apabila mereka menjadi hamba seks
kepada bapa saudara sendiri yang
dipanggil Ayah Teh sejak tahun lalu.
Dalam tempoh lapan bulan, mangsa
berumur 14 tahun mendakwa dirogol
beberapa kali oleh lelaki berhati
binatang terbabit, sementara adiknya
pula dicabul lebih 30 kali di rumah
mereka di sebuah kampung di Besut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah (Risikan/Operasi)
negeri, Superintendan Mohd Zani
Che Din berkata, mangsa pertama
kali dirogol pada 28 Mei tahun lalu
kira-kira jam 4 pagi ketika tidur
bersama adik dalam bilik.
Menurutnya, bapa saudara mangsa
kemudian dilaporkan masuk ke bi
lik
berkenaan dan menyusup ke dalam
kelambu tempat mereka tidur dan
membuka pakaian mangsa lalu
merogolnya.
“Sejak kejadian itu, suspek dikatakan
terus merogol mangsa beberapa kali
sehingga 12 Januari lalu,
sementara adik mangsa berumur
13 tahun mengadu turut dirogol
suspek di ruang tamu rumah mereka.
“Selain dirogol, adik mangsa memberitahu
dia dicabul suspek lebih 30 kali bermula
18 Disember tahun lalu sehingga 18 April
lalu, namun kedua-dua beradik
itu merahsiakannya kerana tidak tahu
perbuatan itu salah,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, Mohd Zani berkata,
perlakuan jahat Ayah Teh terbongkar
apabila mangsa yang tinggal bersama
nenek uzur dan suspek akhirnya
membuat laporan di Balai Polis Jerteh
kira-kira jam 1.57 tengah hari, kelmarin.
Berikutan laporan itu, polis menahan
bapa saudara mangsa berusia 30 tahun
yang tidak mempunyai pekerjaan untuk
siasatan lanjut berhubung kejadian
berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B)
Kanun Keseksaan kerana merogol.
No comments:
Post a Comment