Thursday 11 July 2013

DAP SILAP PERHITUNGAN,PAS MASUK ISLAM NANTI SIAPLAH KAU!!!

MASA DEPAN MASYARAKAT CINA GELAP ANGKARA DAP....










































Pada pendapat peribadi saya, DAP bukanlah 
pejuang Cina seperti yg 
dipercayai . Bagi saya, DAP sebenarnya 
pengkhianat cina yang
sebenar. 

Mereka menipu dan memperdaya masyarakat
 Cina seolah-
olah mereka boleh menang. Keadaan itu 
menyebabkan sebahagian 
besar masyarakat cina memperjudikan masa 
depan mereka untuk 
mengundi DAP secara beramai-ramai sehingga 
pertama kalinya dalam 
sejarahMALAYSIA, masyarakat cina hilang 
pengaruh dalam kerajaan. 

Dalam sejarah politik MALAYSIA masyarakat cina 
merupakan suara kedua 
terbesar dalam kerajaan selepas kaum melayu. 
Permainan zalim dan
licik RED BEAN ARMY akhirnya menyebabkan 
pertama kalinya
komposisi cina dalam kerajaan adalah paling 
kurang sekali dalam 
sejarah negara selepas wakil daripada sabah dan 
sarawak dan juga 
kaum india.

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat cina 
yang menyesal
terperangkap dengan politik kotor Anwar, DAP, 
Pembangkang dan RED
BEAN ARMY. Lanjutan itu pada perhimpunan 505 
yang terbaharu
kurang daripada 10 peratus masyarakat cina 
menyertainya.

Diharapkan 80 peratus Melayu yg menyertai 
perhimpunan tersebut juga
seharusnya membuka mata dan kembali ke 
pangkal jalan. Pemimpin yang
baik dan sayangkan anda tidak akan sesekali 
menyuruh kalian untuk
berani mati di jalanan hanya demi membantu
mereka mencapai hasrat
politik mereka. 

Jika pada PRU 12 lebih darpada 80 peratus
 masyarakat
menghukum BN dan kurang daripada lima 
tahun kini 60 peratus kembali
menyokong BN maka baik orang melayu, 
cina dan pelbagai lagi suku
kaum rakyat malaysia yang lain tidak 
seharusnya terperangkap dengan
propaganda dan persepsi palsu yang 
dicipta oleh pembangkang.

Demi perpaduan dan semangat kepelbagaian 
kaum yang sebenar, maka BN
masih lagi harus menjadi pilihan. Ia berdasarkan 
kepada fakta dan
statistik bagaimana golongan minoriti lain 
mempunyai wakil dalam BN 
berbanding pembangkang yang akan
 melesapkan suara-suara tersebut. -1malaysia.

No comments: