Wednesday, 24 July 2013

APA-APA PERKARALAH,KALAU CAMPUR DENGAN BINATANG POLITIK DAH TENTU JADI PUNAH RANAH!!!

GAMBAR BILIK PERSALINAN SEKOLAH SRK SRI PRISTANA (BUKAN BILIK AIR)!!!


(BERSAMA MAZIDUL)

Terima kasih kepada semua pembaca saya 
muliakan. Sumber saya berada di SRK 
Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor tengahari 
tadi.

Setelah saya paparkan entri terdahulu, klik 
di sini, sebilangan pembaca melontarkan 
pandangan mereka hanya  berasaskan 
TANGGAPAN  bukan FAKTA.  Pada awalnya, 
saya hanya ingin memperbetulkan fakta ditulis 
oleh blogger pro pembangkang,  BILIK 
AIR dan BILIK PERSALINAN, dua premis berbeza. 

Pada masa sama, saya TIDAK langsung 
melontarkan pandangan berhubung  status 
keselesaan  bilik persalinan digunakan sebagai 
tempat makan pelajar sekolah sejak kira-kira 4 
bulan lalu. Oleh itu USAH mencatatkan komen 
berlandaskan TANGGAPAN.

Apapun, izinkan saya berkongsi beberapa gambar 
dirakamkan di sekolah sama untuk menjelaskan 
kepada mereka terkeliru.

"Sekolah ini mempunyai 1,375 pelajar dan saiz 
kantin terkini tidak mampu menampung kesemua 
pelajar pada satu satu masa. Bermula pada bulan 
Mac 2013, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan 
(BUKAN bilik air)  telah dinaiktaraf dan dijadikan 
tempat makan pelajar apabila kantin sekolah  
penuh," ujar sumber.



















 "Ada ke shower di dalam bilik persalinan itu 
sehingga boleh menjadikan suasana lembab 
dan berbau?," tanya saya.




















"Shower heads telah diterbalikkan. Pelajar 
hanya dibenar menggunakan sinki sahaja untuk 
membasuh tangan selepas makan. Ruang itu dijaga 
bersih dan berbau wangi.  Sebelum bulan puasa, 
setiap kali  kantin sekolah  'melimpah',  selain 
daripada pelajar India dan Cina,  pelajar 
Melayu juga menggunakan ruang sama  sebagai 
tempat makan dan minum," katanya.

















"Ada ke kebaragkalian pelajar kencing di 
dalam BILIK PERSALINAN itu lalu menjadikan 
ruang itu tidak sesuai untuk pelajar makan?," tanya 
saya lagi.

"Memang pihak sekolah melekatkan kertas 
sebagai tanda peringatan di pintu. Shower juga 
tidak beroperasi.  Jadi tiada pelajar kencing 
di dalam ruang makan itu," jelasnya.

















Saya dimaklumkan TIADA wartawan media 
elektronik dan cetak dibenarkan memasuki 
kawasan sekolah. Di peringkat negeri, 
kenyataan rasmi hanya boleh dikeluarkan 
oleh Pengarah Pendidikan Selangor selain 
daripada menteri.

"Mengapakah pelajar tidak makan di dalam 
kelas? Atau dibinakan kanopi untuk mereka 
berteduh buat sementara waktu?," soalan saya 
menyusul.

"Mengikit peraturan di sekolah, pelajar dilarang 
makan di dalam kelas. Pembinaan kanopi pula 
pastinya akan membabitkan kos tertentu," jawab 
sumber tenang.

Terkini, Timbalan Menteri Pendidikan dilapor telah 
mengarahkan operasi ruang makan itu dihentikan 
dengan serta-merta.

"Kerja menggantikan pintu kantin sekolah dijalan
kan di antara 17 dan 23 Julai sahaja. Selepas ini, 
esok 24 Julai, semua pelajar bukan beragama 
Islam akan menggunakan kembali kantin seperti 
biasa," tambah sumber saya lagi.

Apapun, FAKTA tetap FAKTA.

Bilik air dan bilik persalinan, BERBEZA. Kita 
boleh kencing di bilik air kerana ada mangkuk 
tandas tetapi tidak  di bilik persalinan. Tambahan 
pula selepas kemudahan untuk mandi 
diberhentikan.  LEBIH penting, jangan kencing 
orang secara keterlaluan. Usah mempolitikkan 
isu  sedangkan jalan penyelesaian mampu digarap.

Saya BUKAN  blogger politik dan TIDAK dibayar 
oleh sesiapa untuk menulis. Jauh sekali mempunyai 
sebarang kepentingan dalam hal ini. Tugas saya, 
berkongsi berita sebenar bukan berita 
dimanapulasi oleh blogger bergaji.


1 comment:

Anonymous said...

MAKAN DI RESTAURAN ATAU GERAI KOTOR DI TEPI JALAN ATAU LONGKANG SAMADA MILIK CINA, INDIA ATAU MELAYU DENGAN KUCING ATAU ANJING BERKELIARAN LAGI LAH TERUK. APA LAH SALAH NYA MAKAN DI SITU, BERSIH DAN SELESA. CUBA FIKIR KAN LAH. BANYAK PREMIS-PREMIS MAKANAN ATAU PEMBUATAN MAKAN YANG KOTOR TAK PULAK ORANG KOMPLEN.