LGBT... TRANSGENDER DILANTIK JADI SETPOL ADUN DAP!!
SEMAKIN lama aku semakin pelik dengan perangai segelintir pemimpin pembangkang yang tidak putus-putus membuat kontroversi dengan melawan arus.
Jika sebelum ini penghinaan demi penghinaan terhadap Melayu, Raja Melayu dan Islam dimainkan sehinggakan parti yang kononnya Islam yang juga berada bersama mereka di dalam pakatan sudah terkedu dan terkunci mulut akibat tindakan gila pemimpin DAP.
Kali ini satu lagi sejarah telah berjaya dicipta oleh puak DAP ini apabila ADUN Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah melantik seorang LGBT bagi mengisi jawatan Setiausaha Politik kepada YB Teh Yee Cheu.
Transgender Melayu yang diberi nama Hezreen Shaik Daud, 33 ini baru-baru ini telah dilantik menjadi Setpol ADUN DAP ini kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada golongan LGBT ini berada dalam kelompok masyarakat di Malaysia.
Atas tindakan beliau ini sekaligus terus mengiktiraf golongan ini yang bersifat songsang dan ditegah dalam Islam berada di Malaysia.
Kita tak kata golongan LGBT ini tidak punyai hak namun sebagai umat Islam yang percaya dengan qada' dan qadar Allah haruslah kembali kepada fitrah asal kejadian manusia.
Allah jadikan manusia ini berpasang-pasangan. Ada lelaki, ada perempuan. Tidak pula ada di dalam mana-mana ayat Quran atau hadis yang menyebut tentang golongan LGBT ini.
Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”
Lagi ayat Quran dan Hadis sahih tentang golongan LGBT :
Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:
عنابنعباسرضياللهعنهما،أنرسولاللهصلىاللهعليهوسلمقال : «منوجدتموهيعملعملقوملوطفاقتلواالفاعلوالمفعولبه»
Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:
إذاأتىالرجلُالرجلَفهمازانيانوإذاأتتالمرأةُالمرأةَفهمازانيتان
Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.
Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:
Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Adakah PAS yang konon mendokong syariat Islam tidak berkata apa-apa tentang hal yang sungguh memalukan umat Islam ini? Adakah mulut-mulut mereka sudah digam dan dikunci oleh golongan kafir DAP ini yang dilihat semakin lama semakin menyesatkan dan menghancurkan tanggapan orang luar tentang Islam? Apa sudah jadi dengan PARTI ISLAM SE-MALAYA ini???
Banyak lagi ayat Quran dan hadis-hadis sahih yang berkata tentang golongan LGBT ini namun pemimpin Islam sekarang telah dibutakan mata dan hatinya demi mencapai cita-cita duniawi semata-mata. Sampai bila PAS hendak berdiam diri dengan kekhilafan yang semakin berleluasa??
Sama-sama kita nantikan penjelasan alim ulama' dalam PAS.
No comments:
Post a Comment