Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini.
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki:
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam,
jangan yang ananah, yang mananah, dan
yang hananah dan jangan engkau kahwini
yang hadaqah, yang basaqah dan yang
syadaqah”.
1.Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini.
Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena
dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha
dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk
membangun rumah tangga.
Dia suka mengungkit-ungkit apa yang
dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan
tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suami
nya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain dan wanita ini berangan-angan
mendapatkan suami yang lebih baik dari suami
yang sedia ada.
Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita
sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan
dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya
pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginan
nya utk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya selain itu wanita
ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki.
Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia
suka membandingkan dirinya dengan diri orang
lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah
yang menjadikan suami yang dulu handsome
rambut panjang dah jadi botak.
5. Wanita Basaqah:
Ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek
dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan
untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-
tujukkan kepada dunia. Suka melawa.
Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up,
kasut dan barang kemas. Wanita begini juga
suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua
dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh
mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak
mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja
yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang
sibuk dan komen saja.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment