Kenapa pasangan BERZINA???
Ya, kita selalu dengar tentang
kes pembuangan bayi. Kenapa
jenayah ini berlaku? Sudah
tentu akibat daripada jenayah
Setiap manusia dikurniakan gharizatul
nau' (naluri berkasih-sayang). Naluri ini
memerlukan pemuasan. Apa yang dapat
dilihat di sini, ramai di antara kita memilih
jalan zina untuk memenuhi naluri ini.
Mereka tidak tahan...
Kenapa tak Tahan?
Kerana mereka tidak dapat berkahwin.
Sedangkan, perkahwinan itu adalah suatu
ibadah yang amat dituntut dalam Islam.
Maksud hadis:
Dari Abdullah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para
pemuda! Sesiapa di antara kamu
yang telah sanggup memikul
tanggungjawab berumahtangga,
maka kahwinlah!
Kerana perkahwinan itu dapat
menundukkan mata dan kemaluan
(dari dosa). Siapa yang belum sanggup,
hendaklah dia berpuasa kerana puasa
itu dapat menundukkan nafsu berahi.”
HR Muslim.
Tetapi, amat malang sekali, mereka
yang mahu berkahwin, taraf ekonomi
diri menjadi penghalang utama bagi
mereka untuk melaksanakan ibadah
ini. Pendek kata, mereka tidak mampu
untuk menanggung segala kos
perkahwinan.
Kenapa tak Mampu?
|
Sistem ekonomi kapitalis adalah suatu
sistem ekonomi yang membelit kehidupan
umat. Rakyat bukan sahaja dibelit dengan
masalah riba, hak rakyat juga dirompak
oleh kerajaan kapitalis. Hak rakyat juga
dikaut dan dirompak semahu-mahunya.
Peranan Baitul Mal pula disempitkan
sesempit-sempitnya. Sistem ekonomi
kapitalis benar-benar menidakkan hak
rakyat!
Kenapa Guna Sistem Ekonomi Kapitalis?
Sejak Khilafah Islamiyah dihancurkan
pada 1924, umat Islam ditimpa pelbagai
malapetaka. Kitabullah dan sunnah
Rasulullah SAW dilenyapkan daripada
takhta pemerintahan. Sistem-sistem Islam
digantikan dengan sistem-sistem kufur
yang lain. Maka, lahirlah 1001 permasalahan
di muka bumi, termasuklah jenayah zina.
Jadi, Apa Penyelesaiannya???
Apa lagi kalau bukan menegakkan
semula Khilafah Islamiyyah? Ayuh
sebarkan dakwah. Ayuh lakukan
terjahan pemikiran. Terjah segala
pemikiran-pemikiran sekular dan
gantikannya dengan pemikiran
Islam yang cemerlang. Kebangkitan
umat itu bermula daripada revolusi
pemikiran, yakni perubahan pola
pemikiran daripada pemikiran
sekular kepada pemikiran Islam.
Ayuh segera lalukan! Sebarkan
walaupun sepotong ayat! Naluri
berkasih-sayang kita memerlukan
pemuasan yang hak! Jangan
biarkan ia meronta-ronta!
Wallahu'aklam! -iislamku.blogspot.
No comments:
Post a Comment