Tuesday 9 July 2013

PONTIANAK,LANGSUYAR,KUNTILANAK DIRANTAI SEMASA BULAN RAMADHAN!!!


'Wanita Pontianak' Suka Minum Darah Manusia.


Wanita Pontianak. Julia Caples, 45, 
gemar meminum darah manusia hingga 
kadang-kala mencecah hingga dua liter 
sebulan . Julia yang mula ketagih 
darah sejak remaja itu, mendapat bekalan 
darah daripada penderma sejak lebih 30 
tahun lalu.


Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun 
dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal 
muda dengan meminum darah, sama seperti 
filem Twillight. Julia bagaimanapun 
cuba mengelakkan daripada menunjukkan 
tabiat berkenaan kepada Alexi manakala 
Ariel pula membenci hobi pelik ibunya 
itu dan memintanya supaya berhenti 
daripada meminum darah manusia.

Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, 
ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas 
dia pertama kali mencium teman lelakinya.

“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya 
suka dengan darah itu. Saya tidak 
dapat menerangkan bagaimana perasaan 
ketika itu namun selepas kejadian tersebut, 
dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.
Ketika itu Julia tidak terus mengalami 
ketagihan terhadap darah sehinggalah dia 
bertemu dengan bekas suaminya, 
Donald, 49.

Kedua-duanya turut minum darah satu 
sama lain namun Donald menghentikan 
kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.

“Donald tidak mahu lagi minum darah. 
Kami bersetuju bahawa salah seorang 
daripada kami perlu berhenti daripada 
tabiat ini bagi memfokus kepada 
anak-anak,’’ katanya.Julia yang menulis 
blog mengenai pontianak menggunakan 
nama Lady DarkRose berkata dia 
menyedari mengenai risiko terhadap 
kesihatannya namun semua penderma 
darah akan diuji terlebih dahulu bagi 
mengesahkan bahawa mereka bebas 
penyakit termasuk AIDS atau HIV.

“Saya tahu secara saintifiknya darah 
tidak mengandungi banyak khasiat 
namun mungkin ada perkara lain yang 
kita belum ketahui.


“Saya rasa lebih cantik setiap kali minum 
darah dan tidak pernah berdepan dengan 
masalah kesihatan yang serius,’’ katanya 
yang pernah minum hingga setengah gelen 
darah sebulan.

No comments: