Wednesday 10 July 2013

SEKARANG MELAYU MALAYSIA WARGANEGARA KELAS 2.ITULAH HASIL USAHA PAS DAN MELAYU PKR!!!

APABILA MELAYU ASYIK BERPOLITIK!!!! MAKIN HINA DIMATA BANGSA LAIN......?




Nampaknya kedudukan agama Isla
sebagai agama rasmi negara terus 
menerus menghadapi tekanan.  
Semuanya berpunca dari kedudukan 
Melayu yang semakin lemah apabila 
PAS, sebuah parti Melayu 
alternatif kepada UMNO, telah 
memilih untuk bersatu dengan 
DAP yang memusuhi Islam/Melayu.



Kesepakatan yang termeterai antara 
PAS dan DAP telah memaksa PAS 
menjadi pasif hatta mengalah dalam 
isu-isu yang melibatkan kedaulatan 
agama Islam.



Hari ini, DAP kembali mendesak 
kabinet agar menarik balik Seksyen 
107(b) Rang Undang-undang 
Pentadbiran Agama Islam (Wilayah 
Persekutuan) mengenai pertukaran 
agama kanak-kanak di bawah umur 
agar selari dengan Perkara 12(4) 
Perlembagaan Persekutuan dan 
Perkara 160 Jadual kesebelas 
mengenai pengukuhan integriti 
keluarga, kebebasan beragama dan 
keharmonian masyarakat.



Seksyen 107(b) dalam Rang 
Undang-undang Pentadbiran 
Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 
2013 yang setebal 64 halaman dan 
mempunyai 116 Seksyen itu 
memperuntukkan bahawa 
persetujuan salah seorang ibu 
bapa memadai untuk menukar 
agama kanak-kanak di bawah umur 
kepada Islam.  Penarikan balik undang-
undang ini akan menghalang salah 
seorang ibu atau bapa yang beragama 
Islam untuk memastikan anaknya 
tetap menganut agama Islam 
dalam kes penceraian yang 
melibatkan pasangan yang murtad.



Desakan DAP itu turut didokong 
oleh Malaysian Consultative Council 
of Buddhism, Christianity, Hinduism, 
Sikhism and Taoism (MCCBCHST) 
dan Majlis Peguam atas alasan 
pertukaran agama kanak-kanak 
di bawah umur secara sepihak 
oleh hanya salah seorang ibu atau 
bapa tidak adil bagi kanak-kanak 
terbabit, atau ibu, atau bapanya, 
selain ia bertentangan dengan 
perlembagaan serta salah dari 
segi moral dan etika.



Dengan persepsi bahawa kaum Cina 
dari berbagai parti kini bersatu 
menentang kerajaan, maka ramai 
yang ternanti-nanti akan kenyataan 
dari MCA dalam isu ini.  Media 
pembangkang juga pantas memberi 
tekanan kepada MCA agar 
membuat kenyataan senada dengan 
DAP.



Setakat ini, Naib Presiden MCA 
Gan Ping Sieu telah pun membuat 
kenyataan di mana beliau  menyifatkan 
desakan tersebut sebagai 
“mengejutkan” dan “licik” serta 
berlawanan dengan perdamaian 
nasional yang sedang hangat 
diperkatakan.  Harapan kita agar 
kenyataan beliau ini adalah 
ikhlas atas dasar menghayati kontrak 
sosial yang terjalin, selain 
benar-benar menggambarkan suara 
hati seluruh partinya.



PAS, bagaimanapun belum membuat 
kenyataan rasmi mengenai perkara 
ini.  Besar kemungkinan, PAS masih 
lagi membawa pendekatan ‘enggan 
menyinggung DAP’ dan lebih rela  
berdiam diri atau menggadaikan 
kedudukan agama Islam di negara 
ini daripada ditendang keluar dari 
Pakatan Rakyat.



Bagi pihak kerajaan, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin telah menyatakan 
bahawa perkara ini akan 
dibincangkan secara mendalam 
dari sudut perlembagaan yang 
meletakkan Islam di tempat yang 
istimewa dan di masa yang 
sama memastikan keadilan untuk 
semua.



Kesimpulannya, kedudukan agama 
Islam di negara ini kini bergantung 
kepada penyatuan Melayu.  
Di sinilah kita memerlukan 
pembangkang seperti PAS untuk 
bangun memberi desakan yang 
sama hebatnya terhadap kerajaan 
agar terus mempertahankan 
kedudukan agama Islam di negara 
ini.



Pendek kata, PAS perlu membantu 
UMNO dengan bergerak secara 
seiring dan bersepadu.   Untuk itu, 
PAS wajib meletakkan pendirian 
tegas sama ada untuk bersama 
DAP atau UMNO dalam isu ini.



Jika MCA boleh berpegang teguh 
kepada perlembagaan yang 
meletakkan Islam sebagai agama 
rasmi, kenapa PAS pula yang 
berdolak dalih?   Apakah PAS sudah 
‘tidak begitu Islam’ lagi?-matkilaupenang.

No comments: