Wednesday, 24 July 2013

JANGAN TUKAR AGAMA HANYA KERANA GAGAL MEMPAMERKAN KECANTIKAN DIRI!!!



PANAS!!! Rakan Ajak Sara 

Amelia Tukar Agama Untuk 

Masuk Pertandingan Ratu 

Cantik.
















Isu pengguguran 4 peserta beragama 
Islam yang ingin menyertai Ratu 
Cantik Malaysia sedang hangat 
diperkatakan di laman sosial sekarang.

Kita sebagai orang luar haruslah 
menggunakan satu pendekatan 
berhemah dalam memberi 
pandangan dan melepaskan 
komen di laman sosial lebih-lebih 
lagi pada bulan Ramadan.

Lagi-lagi dalam situasi sekarang, 
pastinya keempat-empat gadis 
muslim yang digugurkan nama 
mereka daripada pertandingan 
Ratu Cantik Malaysia sudah tentu 
merasa sangat kecewa.

Dibimbangi, pada saat-saat ini 
apabila sesama Islam lebih 
sibuk menyelar tindakan mereka, 
ada pihak luar mungkin mengambil 
kesempatan dari kerapuhan iman 
empat wanita Islam ini. Lihatlah 
saja komen-komen yang dibuat 
rakan-rakan Sara di laman Facebook
-nya ini:




Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi 
tugas anda untuk memberi kesedaran 
secara berhikmah kepada empat peserta 
wanita ratu cantik Islam ini mengapa 
agama yang mereka anuti tidak 
membenarkan perlakuan sebegini.

Manakala bagi masyarakat di luar 
sana pula, jagalah bahasa apabila 
mahu tumpang semangkuk memberi 
komen di mana-mana medium sosial. 

Janganlah mencemuh rakan seagama 
anda yang tersilap langkah mungkin 
kerana kejahilannya dalam agama. 
Kalau disebabkan bengang dan kecewa 
dengan komen anda mereka mendengar 
cakap pihak bukan Islam untuk menukar 
agama, bukankah bermakna ada saham 
dosa anda juga di situ?

2 comments:

Anonymous said...

Nak tukar agama, kena usahalah sungguh sungguh jgn sampai mati. Kalau sakit ke, kalau nanti dah tua ke, jgn mati, kalau mati juga, ei ! berat ! Tuhan dah pesan, jgn mati kecuali dlm keadaan Islam !
Pernah pikir tak camane azab neraka ek ? Pijak tanah die je, gelegak otak dek panasnya. Belum kena belasah lg. Makanan pulak yg ade cume buah zaqqum je, dek krn lapor sgt mkn jugak, letak kat mulut rosak dan luluh mulut, kalau teringin nak rase buah zaqqum, silalah ke sana. Minuman banyak jenis sikit, ade air yg sgt panas, ade cairan besi / timah panas, ade jugak air mayat / darah-nanah yg sgt busuk. Kalau nak cuba rase gi lah ke sana. Nak ke sana senang je, 1. Murtad atau jgn masuk Islam, 2. Jgn solat. 2 ni insyaAllah konfirm, yg lain lain tu , waAllahu'alam !

Anonymous said...

Nak tukar agama demi pertandingan mcm tu....fikir2 kanlah.Nie cerita benar seorg arwah yg murtad demi bersama dgn laki cina dlm tahun 70an di kpg aku.Bangga memasak daging babi dan sanggup tinggalkan agama dan keluarga.
Saat kematian amat mgaibkan...dahlah terseksa sblm mati...wajah berubah kehitaman mcm terbakar.Anak2 tak sanggup mgadap siibu...yg dtg para sedara mara yg islam....sayang arwah tak mampu mgucap dan jenazah amat mgaibkan.
Berlaku awal 2000an...jgn hina agama hanya krn nafsu kita....